Kami kini 19 tahun!

Tetapan pelaksanaan pesanan

Uruskan perdagangan anda dengan lebih efektif!

Dalam akaun ECN — ecn.mt4, pro.ecn.mt4, pamm.ecn.mt4, pamm.pro.ecn.mt4 — anda boleh melaraskan tetapan pelaksanaan pesanan yang bersepadanan dengan strategi perdagangan anda.

Buka akaun

Tetapan pelaksanaan pesanan

Untuk membolehkan anda menerapkan strategi perdagangan dengan lebih berkesan, kami menawarkan 7 jenis tetapan berbeza yang boleh digabungkan mengikut kesesuaian untuk memenuhi kehendak dan keperluan anda.

Rekod saiz slippage dalam ruangan Comment terminal MetaTrader 4

Saiz <i>slippage</i> dari pembukaan dan penutupan dagangan direkod dalam ruangan Comment terminal MetaTrader 4.
Saiz slippage dari pembukaan dan penutupan dagangan direkod dalam ruangan Comment terminal MetaTrader 4.

Dengan mengaktifkan tetapan ini, saiz slippage akan direkod dalam ruangan Comment. Untuk pesanan tergantung, slippage akan dikira sebagai perbezaan harga pesanan dan harga sebenar pelaksanaan pesanan. Dalam kes pesanan pasaran, perbezaan dikira sebagai perbezaan harga sewaktu pesanan dihantar ke server dan harga sebenar pelaksanaan.

Sekiranya anda melibatkan penasihat pakar yang menggunakan ruangan Comment dalam perdagangan, anda disarankan untuk tidak mengaktifkan tetapan ini.

Pelaksanaan separa Limit Order

Limit Order untuk menjual 100 lot dilaksanakan secara separa: sebanyak 60, 20, dan 10 lot. Baki 10 lot akan kekal sebagai pesanan tergantung, menunggu pengaktifan.
Limit Order untuk menjual 100 lot dilaksanakan secara separa: sebanyak 60, 20, dan 10 lot. Baki 10 lot akan kekal sebagai pesanan tergantung, menunggu pengaktifan.

Dengan mengaktifkan tetapan ini, Limit Order dilaksanakan seperti pesanan Good-Til-Cancelled (GTC). Ini bermaksud pesanan akan dilaksanakan pada harga yang dinyatakan bagi isi padu yang ada dalam pasaran pada masa tertentu. Pesanan boleh dilaksanakan sepenuhnya atau secara separa.

Sekiranya pelaksanaan separa berlaku, baki isi padu pesanan akan dipenuhi apabila terdapat kecairan yang mencukupi pada harga yang dinyatakan dalam pasaran. Tiada had tempoh masa untuk pesanan dilaksanakan sepenuhnya. Baki isi padu akan dilaksanakan sebagai Limit Order tergantung, dan boleh dibatalkan secara manual sekiranya perlu.

Sekiranya tetapan tidak diaktifkan, pesanan Limit Order akan dilaksanakan seperti pesanan Fill-Or-Kill (FOK): sama ada serta-merta dan sepenuhnya pada harga yang dinyatakan, atau dengan menunggu tempoh sehingga muncul kecairan yang mencukupi dalam pasaran untuk melaksanakan pesanan secara sepenuhnya.

Tetapan ini dikenakan untuk pesanan Take Profit, Sell Limit dan Buy Limit.

Contoh

Pelaksanaan pasaran Limit order

Limit Order tergantung yang diaktifkan untuk dijual akan dihantar sebagai pesanan pasaran dengan jaminan pelaksanaan, tanpa jaminan harga pembukaan dagangan.
Limit Order tergantung yang diaktifkan untuk dijual akan dihantar sebagai pesanan pasaran dengan jaminan pelaksanaan, tanpa jaminan harga pembukaan dagangan.

Dengan mengaktifkan tetapan ini, Limit Order yang diaktifkan akan dilaksanakan secara sepenuhnya sebagai pesanan pasaran pada harga semasa dan harga ini boleh berbeza dengan harga yang dinyatakan dalam pesanan (dalam mana-mana arah). Apabila menggunakan pelaksanaan jenis ini, slippage mungkin tidak memihak kepada pelanggan kerana harga pelaksanaan tidak terjamin.

Sekiranya tetapan ini tidak diaktifkan, Limit Order akan dilaksanakan pada harga pesanan atau harga yang lebih baik dari yang dinyatakan sekiranya kecairan yang mencukupi muncul dalam pasaran.

Pembatalan pesanan tergantung apabila berada dalam gap harga

Pesanan Sell Stop dengan tetapan Take Profit berada dalam gap harga. Ini menyebabkan pesanan tersebut dibatalkan.
Pesanan Sell Stop dengan tetapan Take Profit berada dalam gap harga. Ini menyebabkan pesanan tersebut dibatalkan.

Sekiranya tetapan ini diaktifkan, apabila pesanan tergantung dan harga Stop Loss atau Take Profit yang ditetapkan sebagai dalam pesanan diaktifkan dalam detik yang sama, kedua-dua pesanan akan dibatalkan.

Dalam kata lain, tetapan ini mengelakkan anda dari menanggung kerugian, hasil daripada pembukaan dan penutupan serentak pesanan tergantung dalam kes berlaku gap atau kenaikan spread.

Contoh

Pelaksanaan pasaran dan Stop Order seperti Limit dengan slippage terhad tidak melebihi N titik

Apabila pesanan Buy Stop diaktifkan untuk pembelian dan Limit Order dengan harga melebihi sebanyak 5 titik akan dihantar. Pesanan akan dibatalkan, kerana harga pelaksanaan pesanan lebih tinggi.
Apabila pesanan Buy Stop diaktifkan untuk pembelian dan Limit Order dengan harga melebihi sebanyak 5 titik akan dihantar. Pesanan akan dibatalkan, kerana harga pelaksanaan pesanan lebih tinggi.

Sekiranya tetapan ini diaktifkan, apabila membuka pesanan pasaran atau pengaktifan Stop Order, Limit Order tergantung akan dihantar. Harga Limit Order akan dibetulkan mengikut saiz slippage dalam julat yang dibenarkan, yang dinyatakan oleh pedagang dalam tetapan parameter (dari 1 sehingga 1,000).

  • Dalam kes Stop Order, pembetulan akan berlaku pada harga yang lebih teruk dari yang dinyatakan ketika pesanan dibuat.
  • Dalam kes Market Order, pembetulan akan berlaku pada harga yang lebih teruk dari harga yang dinyatakan ketika permintaan pembukaan Market Order dihantar ke server.

Potensi slippage negatif akan terhad kepada saiz pembetulan, manakala tiada had untuk slippage positif. Di samping itu, Limit Order yang telah dihantar tidak akan dilaksanakan dengan slippage negatif. Dalam kata lain, sekiranya harga pasaran untuk melaksanakan pesanan berada dalam nilai slippage yang dibenarkan, pesanan akan dilaksanakan. Sekiranya harga pasaran lebih teruk dari harga yang dibenarkan, pesanan tidak akan dilaksanakan dan akan dibatalkan. Dengan itu, pedagang boleh menetapkan had dan mengawal risiko, terutamanya ketika berlangsung peristiwa fundamental yang penting dalam perdagangan.

Contoh

Pembatalan Stop Order apabila perbezaan antara harga pesanan dan harga pengaktifan adalah sebanyak N titik atau lebih

Pesanan Sell Stop dibatalkan pada saat pengaktifan kerana perbezaan antara harga pesanan dan harga pengaktifan melebihi kadar yang ditetapkan.
Pesanan Sell Stop dibatalkan pada saat pengaktifan kerana perbezaan antara harga pesanan dan harga pengaktifan melebihi kadar yang ditetapkan.

Dengan mengaktifkan tetapan ini, pedagang boleh menetapkan had (dari 1 hingga 1,000) ketika membuat pesanan, dan sekiranya perbezaan antara harga Stop Order dan harga sebutan pertama yang mengaktifkan pesanan selepas gap bersamaan atau melebihi had yang dinyatakan, pesanan akan dibatalkan.

Contoh

Pengaktifan Stop Order pada harga simetri

Harga Bid (garis hitam) terletak dibawah kadar pesanan. Apabila pesanan ini diaktifkan, pesanan Buy Stop tidak diaktifkan, walaupun harga Ask (garis merah) mencecah kadar pesanan tergantung.
Harga Bid (garis hitam) terletak dibawah kadar pesanan. Apabila tetapan ini diaktifkan, pesanan Sell Stop tidak diaktifkan, kerana harga Ask (garis merah) tidak mencecah kadar pesanan tergantung.

Apabila tetapan ini diaktifkan, Stop Order akan diaktifkan dan dihantar untuk pelaksanaan mengikut prinsip berikut:

  • Buy Stop dihantar untuk pelaksanaan apabila harga Bid mencapai harga pesanan
  • Sell Stop dihantar untuk pelaksanaan apabila harga Ask mencapai harga pesanan
  • Stop Loss diaktifkan apabila harga Ask (untuk Buy) / Bid (untuk Sell) mencapai kadar Stop Loss

Digunakan untuk Buy Stop, Sell Stop dan Stop Loss.

Contoh

Tetapkan akaun anda hari ini. Ia sangat mudah!

Kembali ke atas