Deposit dan pengeluaran dana melalui Skrill

Dokumen yang diperlukan

Untuk melakukan deposit melalui system Skrill, anda perlu menyerahkan dokumen berikut ke jabatan pembayaran kami:

  • Untuk pemindahan dari dompet Skrill atau melalui pemindahan bank — Salinan imbasan atau gambar pasport anda.
  • Untuk pembayaran menggunakan kad bank — Salinan imbasan atau gambar pasport dan kad anda. Salinan imbasan atau gambar bahagian hadapan kad hendaklah mempamerkan nama pemegang kad, tarikh sah kad, nama bank pengeluar kad, beserta 6 digit pertama dan 4 digit terakhir nombor kad (digit lain harus terlindung). Untuk bahagian belakang, tandatangan pemegang kad hendaklah jelas, tetapi kod 3 digit CVC2/CVV2 hendaklah ditutup. Sekiranya lebih dari satu kad digunakan dalam pemindahan, maka anda hendaklah menyediakan salinan imbasan atau gambar bagi setiap kad tersebut.

CONTOH SALINAN IMBASAN ATAU GAMBAR KAD

  • Bahagian hadapan kad:

    Bahagian hadapan kad

    1. Nama pemegang kad
    2. Bank pengeluar
    3. Tarikh sah
    4. Nombor 6 digit pertama dan 4 digit terakhir (digit lain harus terlindung)

    Bahagian belakang kad:

    Bahagian belakang kad

    1. Tandatangan pemegang kad
    2. Kod CVC2 / CVV2 harus terlindung

Prosedur

  1. Log masuk ke myAlpari dan pergi ke ruangan “Pemindahan dana” – “Deposit dana”. Pilih "Skrill" dan mata wang deposit anda (EUR atau USD). Pilih akaun kemana anda ingin memasukkan deposit, dan masukkan maklumat yang diperlukan.
  2. Anda kemudian akan dibawa ke laman web Skrill:
    • Masukkan alamat emel dan kata laluan ke dompet elektronik anda.
    • Pilih kaedah pembayaran paling mudah untuk anda: kad kredit / debit, wire transfer bank, atau pemindahan melalui Skrill.
    • Masukkan maklumat lain yang diperlukan dan klik "Confirm".

Maklumat penting

Sila baca butiran berikut sebelum melakukan deposit melalui Skrill:

  • Anda tidak boleh memasukkan deposit ke akaun anda menggunakan dompet Skrill pihak lain.
  • Deposit minimum Skrill adalah 10 EUR dan deposit maksimum adalah 10,000 EUR (atau nilai bersamaan dalam USD).
  • Selepas memasukkan deposit ke akaun anda melalui sistem Skrill, anda hanya akan boleh melakukan pengeluaran ke dompet Skrill anda yang digunakan untuk melakukan deposit, akaun bank anda (melalui wire transfer), atau akaun Alpari atas nama anda.
  • Anda boleh memasukkan deposit ke dompet Skrill menggunakan Visa,3 MasterCard, AMEX, JCB atau kad Diner's Club yang didenominasi dalam mana-mana mata wang.
  • Sekiranya mata wang dalam dompet Skrill anda tidak didenominasi dalam USD atau EUR, jumlah deposit akan ditukar mengikut kadar pertukaran Skrill. Kadar ini boleh dijumpai dalam laman web Skrill. Sila ambil perhatian bahawa Skrillmengambil komisyen tambahan untuk pertukaran mata wang.
  • Pemindahan dari pihak ketiga tidak diterima. Dana yang tidak diterima akan dipulangkan ke pengirim.
Dapatkan dua kali ganda
Dapatkan dua kali ganda

Masukkan deposit dalam tempoh tiga hari selepas pendaftaran dan dapatkan dua kali ganda mata ganjaran untuk deposit.

Dapatkan mata ganjaran
Dapatkan dua kali ganda
Dapatkan dua kali ganda

Masukkan deposit dalam tempoh tiga hari selepas pendaftaran dan dapatkan dua kali ganda mata ganjaran untuk deposit.

Dapatkan mata ganjaran

Prosedur

  1. Log masuk ke myAlpari dan pergi ke ruangan "Pemindahan dana". Pilih akaun dari mana anda ingin melakukan pengeluaran, dan pilih sistem pembayaran Skrill. Isikan borang permohonan pengeluaran.
  2. Kod pengesahan akan dihantar ke nombor telefon terdaftar anda. Anda perlu memasukkan kod tersebut sebelum anda boleh menghantar permohonan.
  3. Anda boleh menyemak status pemindahan anda dalam ruangan  "Log pemindahan dana". Selepas anda melihat status “Berjaya”, sila semak untuk memastikan bahawa dana telah dipindahkan ke dompet Skrill anda.

Maklumat penting

Sila baca butiran berikut sebelum melakukan pengeluaran melalui Skrill:

  • Alpari berhak untuk memohon bukti pengenalan diri pelanggan apabila mereka membuat permohonan pengeluaran dana ke dompet elektronik Skrill (lihat klausa 1.5 dari Peraturan Operasi Luar Dagangan).
  • Pelanggan hanya boleh melakukan pengeluaran melalui Skrill dari akaun Alpari ke dompet Skrill milik mereka.
  • Sekiranya anda dengan tidak sengaja mengeluarkan dana ke dompet Skrill yang tidak wujud, anda boleh mendaftar untuk dompet tersebut dan dana anda akan dikreditkan ke dompet tersebut. Sekiranya dompet ini tidak didaftar dalam tempoh 14 hari, dana akan dipulangkan ke akaun anda secara automatik.
  • Sekiranya mata wang dompet Skrill anda tidak didenominasi sama ada dalam USD atau EUR, jumlah pengeluaran akan ditukarkan pada kadar pertukaran Skrill. Kadar ini boleh dijumpai dalam laman web Skrill. Sila ambil perhatian bahawa Skrill mengambil komisyen tambahan untuk pertukaran mata wang.
  • Dompet Skrill anda perlu diaktifkan sebelum anda boleh melakukan pengeluaran sekiranya anda pernah melakukan deposit kad kredit/debit melalui Skrill.
Dapatkan dua kali ganda
Dapatkan dua kali ganda

Masukkan deposit dalam tempoh tiga hari selepas pendaftaran dan dapatkan dua kali ganda mata ganjaran untuk deposit.

Dapatkan mata ganjaran
Dapatkan dua kali ganda
Dapatkan dua kali ganda

Masukkan deposit dalam tempoh tiga hari selepas pendaftaran dan dapatkan dua kali ganda mata ganjaran untuk deposit.

Dapatkan mata ganjaran