Kami kini 19 tahun!

Deposit melalui Litecoin

Deposit melalui Litecoin

Tempoh proses

Dana akan dikreditkan ke akaun pelanggan sejurus selepas transaksi melepasi 6 pengesahan dalam rangkaian.

Komisyen

0% + komisyen dalam rangkaian Litecoin

Prosedur

  1. Dalam myAlpari pada ruangan "Pemindahan dana", pilih sistem pembayaran "Litecoin", dan nyatakan maklumat yang diperlukan. Masukkan jumlah deposit dalam unit LTC, dan semak butiran untuk memastikan maklumat yang dinyatakan adalah betul.
  2. Alamat wallet persendirian akan disediakan untuk anda. Salin alamat tersebut, masukkan dalam interface wallet Litecoin anda. Pilih jumlah pembayaran dan saiz komisyen, dan kemudian lengkapkan pemindahan.
  3. Dana akan dikreditkan dalam akaun anda selepas transaksi melepas 6 pengesahan dalam rangkaian Litecoin.

Maklumat penting

  • Apabila melakukan deposit melalui kaedah ini, sila ambil perhatian bahawa:
    • Untuk melengkapkan pembayaran dari dompet LTC menggunakan kod QR atau pautan yang diterima dalam myAlpari, anda perlu memasang aplikasi, yang memberi akses ke dompet Litecoin, dalam komputer atau peranti mudah alih yang bersepadanan. Aplikasi boleh dimuat turun melalui pautan ini.
    • Jumlah pemindahan minimum adalah 0.1 LTC.
    • Jumlah deposit akan dikreditkan dalam akaun selepas transaksi melepasi 6 pengesahan dalam rangkaian.
    • Jumlah pemindahan yang dinyatakan ketika membuat permohonan dalam myAlpari harus bersepadanan dengan jumlah sebenar yang dipindahkan. Sekiranya tidak, pembayaran akan dibatalkan dan dana akan dikembalikan ke dompet penghantar.
Kembali ke atas