Kami kini 19 tahun!

Deposit melalui BitPay

Deposit melalui BitPay

Tempoh proses

Dana akan dikreditkan ke akaun pelanggan sejurus selepas transaksi melepasi 6 pengesahan dalam rangkaian.

Komisyen

0% + komisyen dalam rangkaian Bitcoin

Prosedur

  1. Dalam myAlpari pada ruangan "Pemindahan dana", pilih sistem pembayaran "BitPay", dan nyatakan maklumat yang diperlukan. Masukkan jumlah deposit dalam unit Bitcoin, dan semak butiran untuk memastikan maklumat yang dinyatakan adalah betul.
  2. Alamat wallet persendirian akan disediakan untuk anda. Salin alamat tersebut, masukkan dalam interface wallet Bitcoin anda pada ruangan "Send - To", dan pilih jumlah deposit beserta saiz komisyen yang diinginkan untuk melengkapkan pemindahan.
  3. Dana akan dikreditkan dalam akaun anda selepas transaksi melepas 6 pengesahan dalam rangkaian Bitcoin.

Maklumat penting

Apabila melakukan deposit melalui kaedah ini, sila ambil perhatian bahawa:

  • Untuk melengkapkan pembayaran dari dompet BTC menggunakan kod QR atau pautan yang diterima dalam myAlpari, anda perlu memasang aplikasi, yang memberi akses ke dompet bitcoin, dalam komputer atau peranti mudah alih yang bersepadanan. Aplikasi boleh dimuat turun melalui pautan ini. Aplikasi haruslah menyokong protokol pembayaran BIP72.
  • Jumlah pemindahan minimum adalah 0.01 BTC.
  • Jumlah deposit akan dikreditkan dalam akaun selepas transaksi melepasi 6 pengesahan dalam rangkaian.
  • Jumlah pemindahan yang dinyatakan ketika membuat permohonan dalam myAlpari harus bersepadanan dengan jumlah sebenar yang dipindahkan. Sekiranya tidak, pembayaran akan dibatalkan dan dana akan dikembalikan ke dompet penghantar.
  • Senarai aplikasi yang menyokong protokol pembayaran BIP72:
  • BitPay Wallet.
  • Copay Wallet.
  • BTC.com Wallet.
  • Mycelium Wallet.
  • Edge Wallet (dahulunya dikenali sebagai Airbitz).
  • Electrum Wallet.
  • Bitcoin Core Wallet.
  • Bitcoin.com Wallet.
  • BRD Wallet (breadwallet).
Kembali ke atas