Kalkulator pedagang

Kalkulator pedagang berguna untuk pedagang yang baru menceburi pasaran Forex, dan juga untuk pedagang yang berpengalaman, kerana dengan menggunakan kalkulator secara online untuk mengira parameter perdagangan yang penting seperti nilai pip, saiz kontrak, spread, swap, margin, saiz pampasan, dan potensi keuntungan. Anda juga boleh melakukan pengiraan untuk lima dagangan secara serentak!

Tetapan perdagangan:

1
Alatan
AUDCAD
Jumlah
Arah
Harga pembukaan
Harga penutupan

Maklumat pengiraan

Paparkan maklumat pengiraan.

Contoh pengiraan

Andaikan bahawa anda mempunyai akaun standard.mt4 dengan kadar leverage ditetapkan pada 1:1000 dan anda ingin menentukan spread, swap, dan potensi profit untuk kedudukan SELL sebanyak 10 lot pada alatan USDJPY.

Anggapkan bahawa harga pembukaan adalah 100.500 manakala harga penutupan adalah 100.350.

Maklumat berikut akan dipaparkan dalam jadual:

  • Alatan perdagangan — USDJPY. Maklumat lanjut mengenai alatan perdagangan tertentu terdapat dalam halaman "Spesifikasi kontrak".
  • Harga — 100.500. Ini merupakan harga pada mana pengiraan dagangan dilakukan (harga SELL). Sekiranya perlu, kalkulator boleh menukar nilai ini ke mata wang deposit anda, dan menunjukkan kadar pertukaran.
  • Nilai pip — 99.50 USD. Maklumat lanjut mengenai cara pengiraan nilai ini boleh diperoleh dalam halaman "Syarat perdagangan"
  • Spread (perbezaan harga Ask dan Bid) — 19.9 USD. Setiap pasangan mata wang mempunyai purata spread.
  • Swap adalah kos untuk membawa kedudukan terbuka semalaman, dan boleh menjadi positif ataupun negatif bergantung kepada faedah mata wang yang digunakan dalam dagangan. Maklumat lanjut boleh diperoleh dalam halaman "Syarat perdagangan". Kalkulator mengira nilai sewasa swap dengan mengambil kira maklumat dari "Spesifikasi kontrak".
  • Margin, atau jumlah minimum ekuiti bebas dalam akaun dagangan yang diperlukan untuk membuka kedudukan tertentu. Kalkulator mengambil kira keperluan margin untuk setiap alatan.
  • Sekiranya kedudukan dibuka dengan SELL, dengan jangkaan bahawa harga akan turun, potensi keuntungan adalah sebanyak 1,542.25 USD
Sekiranya anda telah melakukan pengiraan dan bersedia untuk berdagangan Forex secara sebenar, daftar akaun sekarang!
Daftar

Perhatian

  • Sekiranya hasil pengiraan kurang dari 0.01, jumlah yang dipaparkan akan dibundarkan ke kosong.
  • 1 pip bernilai:
    • untuk pasangan mata wang dengan 5 tempat perpuluhan — jumlah minimum perubahan digit keempat selepas titik perpuluhan (0.0001)
    • untuk pasangan mata wang dengan 3 tempat perpuluhan — jumlah minimum perubahan digit kedua selepas titik perpuluhan (0.01)
  • Untuk akaun nano, 1 pip adalah perubahan harga minimum.
  • Kontrak CFD dikira menggunakan unit ukuran berdasarkan alatan yang khusus. Maklumat lanjut boleh diperoleh dalam halaman "Spesifikasi kontrak".
  • Kalkulator pedagang tidak memasukkan kedudukan hedge apabila mengira keperluan margin.
  • Hasil yang dipaparkan dalam kalkulator pedagang hanyalah indikatif semata-mata, dan mungkin tidak bersepadanan dengan nilai dari pengiraan dalam MetaTrader 4 atau MetaTrader 5.

Kalkulator percuma untuk keuntungan dan kerugian (P&L)

Kalkulator untuk keuntungan dan kerugian (profit & loss) adalah penyata kewangan (kadang kala dirujuk sebagai penyata pendapatan) meringkaskan segala perolehan, kos, dan perbelanjaan dalam rangka masa tertentu. Rekod yang disediakan dalam penyata menunjukkan sama ada syarikat mampu menjana keuntungan dengan meningkatkan perolehan, atau mengurangkan kos, atau kedua-duanya. Seperti yang kita tahu, syarikat perniagaan pada kebiasaannya mengira keuntungan dan kerugian secara bersampingan dalam helaian penyata imbangan dan penyata aliran tunai yang diperlukan dalam perbandingan.

Dalam pengiraan untung dan rugi, terdapat kaedah biasa yang bermula dengan perolehan (baris atas), menolak kos melakukan perniagaan, termasuk kos operasi dan barangan yang dijual, cukai, dengan tambahan perbelanjaan faedah. Selisih kedua duanya (baris bawah) adalah pendapatan bersih (keuntungan). Perbandingan penyata pendapatan dari tempoh perakaunan yang berbeza adalah penting untuk memahami nombor dan mendapatkan kefahaman yang mendalam, kerana sering kali berlaku kenaikan dalam pendapatan tetapi dalam masa yang sama perbelanjaan meningkat dengan kadar yang lebih. Terdapat pelbagai contoh dan template untuk anda membuat penyata keuntungan dan kerugian sama ada untuk tujuan persendirian atau perniagaan secara percuma online.

Maklumat umum tentang cara kalkulator keuntungan dan kerugian berfungsi disediakan diatas, tetapi selain dari penggunaan secara langsung, ia juga boleh diterapkan untuk perdagangan yang lebih efektif. Walaupun perdagangan menawarkan peluang untuk menjana keuntungan dengan hanya memasuki pasaran, pelabur yang berpengetahuan dan berpengalaman sentiasa mempertimbangkan risiko. Mengetahui cara mengira keuntungan dan kerugian semasa berdagang dapat membantu anda lebih memahami kadar kejayaan atau kegagalan kerana ia berkait secara langsung dengan baki margin dalam akaun dagangan. Seperti yang telah dinyatakan, kalkulator keuntungan dan kerugian percuma boleh dijumpai dengan mudah, dan malahan kebanyakan platform perdagangan juga mengira secara automatik untuk anda, tetapi amatlah penting anda mengetahui cara ia berfungsi.

Cara mengira keuntungan dan kerugian dagangan

Perdagangan mata wang adalah pasaran yang sangat mencabar dan untuk mendapatkan sebanyak wang yang mungkin untuk perdagangan, anda perlu sentiasa mempertimbangkan keuntungan dan kerugian dagangan anda kerana ia memberi kesan kepada akaun margin anda.

Formula untuk mengira keuntungan dan kerugian dagangan anda adalah seperti berikut:

  • Jumlah baki margin dalam akaun anda = deposit awal margin + keuntungan dan kerugian yang nyata atau terapung

“Terapung” dalam kes ini bermaksud bahawa kedudukan dagangan masih terbuka (tetapi boleh ditutup pada bila-bila masa). Sejurus selepas anda menutup dagangan, pengiraan keuntungan dan kerugian akan dijalankan, dan dalam kes dagangan menguntungkan, baki margin akan meningkat, atau sebaliknya untuk kes dagangan merugikan. Oleh sebab keuntungan dan kerugian terapung bergantung dengan pasaran, ia sentiasa berubah-ubah apabila baki margin anda berubah. Pengiraan keuntungan dan kerugian lebih mudah dari yang anda fikirkan. Anda perlu menyemak saiz kedudukan dan bilangan perubahan pip dalam pergerakan harga. Hasil darab saiz kedudukan dengan pergerakan pip akan menunjukkan keuntungan dan kerugian.

Contoh: sekiranya denominasi akaun anda dalam USD dan anda membeli EURUSD pada harga 1.09714 dengan saiz sebanyak 100,000 unit, apabila kadar harga mencecah 1.11278, anda telah menjana keuntungan sebanyak $1,564 dari dagangan tersebut [(1.11278-1.09714)*100,000].

Selepas anda mendapatkan nilai keuntungan dan kerugian, anda boleh menggunakannya untuk mengira baki margin dalam akaun dagangan anda. Anda tidak perlu mengira segala dagangan secara manual kerana pada kebiasaannya ia dilakukan secara automatik oleh broker akaun. Namun begitu, adalah penting untuk anda memahami pengiraan untuk mengukuhkan perdagangan anda (ini akan membantu anda mengira margin yang diperlukan untuk memegang kedudukan berdasarkan leverage yang ditawarkan dalam akaun dagangan). Dengan itu, pengurusan risiko anda akan menjadi lebih efektif untuk meningkatkan keuntungan anda.

Kalkulator untuk pedagang Forex – cara menggunakannya

Dapatkan sumber tambahan untuk memudahkan dan melancarkan perdagangan anda, tidak kira di Malaysia atau di mana jua. Satu peralatan penting untuk membantu adalah kalkulator pedagang Forex, yang boleh menjalankan pengiraan untuk dagangan anda. Terdapat pelbagai fungsi yang ditawarkan dalam kalkulator FX, berikut merupakan contoh untuk fungsi utama bagi memudahkan anda memahami cara penggunaan.

Pilihan fungsi kalkulator Alpari

Alpari membolehkan anda menganalisis potensi kos dan hasil dagangan tanpa perlu melaksanakan pesanan secara sebenar. Anda hanya perlu menggunakan kalkulator perdagangan untuk berbuat demikian.

  1. Pertama sekali, pilih jenis akaun anda, kerana akaun berbeza mungkin mempunyai spread dan komisyen yang berlainan.
  2. Kemudian, pilih leverage, atau gunakan nilai seperti yang telah dinyatakan.
  3. Selepas itu, hanya pilih denominasi akaun, kerana ini memberikan impak ketara dalam keperluan magin anda.
  4. Setelah menetapkan perkara tersebut, pilih alatan yang dingini, jumlah dan tindakan dagangan, beserta dengan harga pembukaan dan penutupan.
  5. Anda boleh menambah bilangan kedudukan sekiranya anda ingin memasukkan lebih banyak kedudukan dalam pengiraan.
  6. Apabila anda berpuas hati dengan parameter yang ditetapkan, lakukan pengiraan dan semak nilai pip, spread, swap, dan margin keperluan untuk membuka dagangan tersebut.

Ianya mungkin nampak seperti sukar tetapi sebenarnya tidak, kerana segala pengiraan dilakukan secara automatik: anda hanya perlu mengisi ruangan mengikut kehendak anda. Bilangan nilai dan nombor yang banyak boleh menyebabkan anda susah memahami, namun terdapat pelbagai tips dan tunjuk ajar di internet untuk membantu anda memahami dengan lebih jelas berkaitan cara menggunakan kalkulator FX untuk mencapai sasaran kewangan fundamental anda.

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.