Kami kini 19 tahun!

Alpari — rakan kongsi pasukan biatlon nasional Rusia musim olimpik

Pada bulan Oktober 2013, Alpari dan Kesatuan biatlon Rusia menyimpulkan perjanjian rakan kongsi selama satu tahun, sah sehingga hujung bulan September 2014. Perjanjian rakan kongsi merupakan salah satu elemen utama dalam program penajaan Alpari, dalam mana syarikat pada kebiasaannya menyokong atlet individual dan juga seluruh pasukan dalam pelbagai jenis sukan: dari catur ke bola sepak sehinggalah ke ragbi.

Alpari merupakan rakan kongsi rasmi pasukan biathlon nasional Rusia pada musim olimpik dan menaja pasukan ini sepanjang penyertaan dalam Piala dunia dan juga Piala IBU, Kejohanan Eropah 2014, dan pertandingan antarabangsa yang lain.

Sergey Kushenko

"Kami amat gembira untuk mempunyai syarikat yang amat dihormati dalam dunia perniagaan untuk menjadi rakan kongsi
pasukan kami. Saya yakin bahawa kerjasama antara RBU dan Alpari akan membuahkan hasil untuk kedua-dua belah pihak.
Dapat dilihat bahawa kami mempunyai banyak persamaan: dalam sukan kami, seperti mana dalam dunia perniagaan,
anda perlu bersedia untuk bertindak dengan pantas dan mampu bertahan apabila berdepan dengan tekanan."

Sergey Kushenko,
Pengarah eksekutif RBU

"Alpari telah lama menaja sukan Rusia, dan kini, kami memilih Biatlon, salah satu dari sukan paling popular
di Rusia. Kami amat gembira untuk menjalin kerjasama bersama pasukan nasional Rusia, lebih-lebih lagi
dalam musim olimpik, dan untuk membantu atlet kami mencapai prestasi maksimum dalam pertandingan."

Vladislav Kovalchuk,
Pengarah pemasaran Alpari

Vladislav Kovalchuk
Kembali ke atas