Kami kini 19 tahun!

Kadar pertukaran mata wang kripto bitcoin berbanding dolar Amerika

Carta online dinamik kadar pertukaran Bitcoin (BTC) berbanding dolar (USD)

Pada zaman kini, mata wang kripto telah meraih populariti yang tinggi. Bitcoin (BTC) merupakan mata wang elektronik paling terkenal dan dijual beli secara meluas. Hal ini adalah berikutan dari bilangan transaksi yang besar dalam bursa pertukaran, dan juga dari kedai online dan perkhidmatan yang turut sama menerima kaedah pembayaran menggunakan BTC.

Pemilik BTC harus mengambil tahu nilai semasa bitcoin berbanding dolar, atau wang fiat lain, setiap hari agar tidak ketinggalan atau terlepas dari trend pergerakan harga yang baru. Dalam halaman ini, anda boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai kadar pertukaran bitcoin dalam masa sebenar.

Perkara yang mempengaruhi harga

Harga mata wang digital tidak terikat dengan mana-mana aset sebenar, dan disebabkan itu, ianya bergantung sepenuhnya kepada permintaan untuk mata wang tersebut. Kadar pertukaran dalam bursa akan bertindak balas dari perkara berikut:

  • berita ekonomi dunia
  • dinamik transaksi
  • perubahan pergerakan trend

Bitcoin adalah mata wang bebas dan tidak berpusat, dan disebabkan itu hubung kait ke unit wang fiat adalah hanya secara relatif, walaupun perubahan nilai bitcoin pada kebiasaannya ditukar ke dolar AS, untuk menunjukkan nisbah antara harga BTC berbanding USD.

Sumber kadar pertukaran Bitcoin hari ini

Pelaksanaan urus niaga dagangan dalam bursa pertukaran memerlukan maklumat yang stabil dan tepat berkaitan dengan kadar pertukaran semasa mata wang digital. Keuntungan dari aktiviti jual beli mata wang kripto hanya boleh diperoleh dengan mengetahui nilai unit mata wang pada masa yang diperlukan.

Maklumat tersebut boleh didapati dari sumber kami, dalam mana segala info dipaparkan dalam bentuk jadual atau graf yang sentiasa dikemas kini. Sumber maklumat adalah berdasarkan dari dagangan utama dalam bursa terkenal, di samping perkembangan berita dan permintaan untuk mata wang kripto jenis ini.

Penunjuk untuk ramalan

Pengenalan dan pengiktirafan mata wang kripto oleh pelbagai negara membolehkan mata wang tersebut untuk tersebar dengan lebih meluas dan meneruskan pengedaran ke bahagian lain di serata dunia. Tambahan pula, penggunaan bitcoin adalah selesa dan boleh dipercayai, dan juga memenuhi semua keperluan untuk keselamatan dan perlindungan dana.

Walau bagaimanapun, kaedah petukaran ini tidak terikat dengan sebarang nilai ekonomi lain, atau dalam kata lain, nilai mata wang digital, dan dalam kes ini, harga bitcoin, bergantung sepenuhnya dengan kadar permintaan untuk aset tersebut. Keadaan ekonomi semasa menjamin masa depan yang memberangsangkan untuk bitcoin, memberi harapan untuk kestabilan nilai, dan peningkatan harga selanjutnya.

Kembali ke atas