Kami kini 19 tahun!

Produk bersentuh

Potensi keuntungan dari produk jenis ini dikira secara automatik bergantung dengan kriteria dan kemungkinan senario yang ditetapkan oleh pelabur. Sekiranya ramalan betul, pelaburan akan membuahkan keuntungan. Sebaliknya, sekiranya ramalan tidak betul, pelabur akan mendapat pulangan sebahagian dari jumlah pelaburan, berkadaran dengan kadar pelindungan kapital yang ditetapkan.

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya sempadan harga ditetapkan berdekatan dengan harga semasa, potensi pulangan akan menjadi rendah, manakala sekiranya sempadan harga berjauhan dari harga semasa, potensi keuntungan akan lebih tinggi.

Cara menetapkan sempadan harga

Pelabur produk ini harus memilih sempadan pada mana harga aset asas akan atau tidak akan bersentuh.

Menetapkan sempadan bersentuh

1.31
1.28

Anda membeli produk jenis bersentuh dengan aset asas EURUSD, meramalkan bahawa harga aset akan menyentuh 1.31 dalam tempoh 60 hari berikutnya. Anda menetapkan kadar pelindungan kapital pada 95%. Selepas memilih tetapan ini untuk produk anda, pelaburan asal minimum anda ditetapkan sebanyak 600 USD dan potensi pulangan pelaburan adalah sebanyak 110% setiap tahun.

Sekiranya selepas 60 hari harga EURUSD mencapai 1.31 sekurang-kurangnya sekali, seperti yang anda ramalkan, anda akan menerima jumlah pelaburan asal dengan tambahan 110 USD (600 × 110% / 12 × 2 = 110). Sekiranya harga EURUSD tidak mencapai 1.31, anda akan mendapat pulangan sebanyak 95% dari pelaburan asal anda.

Menetapkan sempadan tidak akan bersentuh

78.56
78

Anda membeli produk bersentuh berdasarkan USDJPY dengan harga asal pada 78.56, dan meramalkan bahawa harga aset tidak akan menyentuh 78 dalam tempoh 30 hari berikutnya. Kadar pelindungan kapital ditetapkan pada 95%. Selepas memilih tetapan ini untuk produk anda, pelaburan asal minimum anda ditetapkan sebanyak 700 USD dan potensi pulangan pelaburan adalah sebanyak 60% setiap tahun.

Sekiranya selepas 30 hari harga USDJPY tidak menyentuh 78, seperti yang anda ramalkan, anda akan menerima jumlah pelaburan asal dengan tambahan 35 USD (700 × 60% / 12 = 35). Sekiranya harga USDJPY turun dan menyentuh 78, anda akan mendapat pulangan sebanyak 95% dari pelaburan asal anda.

Contoh: produk bersentuh

Andaikan bahawa anda membeli produk bersentuh, memilih EURUSD sebagai aset asas dengan harga asasl pada 1.2538. Anda meramalkan bahawa harga EURUSD tidak akan bersentuh 1.27 dalam tempoh sebulan. Anda menetapkan kadar pelindungan kapital pada 95%. Selepas memilih tetapan ini untuk produk anda, pelaburan asal minimum anda ditetapkan sebanyak 1,000 USD dan potensi pulangan pelaburan adalah sebanyak 98% setiap tahun.

Dengan ini, sekiranya harga EURUSD tidak menyentuh 1.27 dalam tempoh sebulan, anda akan mendapat keuntungan dari pelaburan anda. Anda akan menerima jumlah pelaburan asal sebanyak 1,000 USD sepenuhnya, dengan tambahan 81.6 USD (1000 × 98% / 12 = 81.6).

Sebaliknya, sekiranya harga EURUSD menyentuh 1.27 walaupun sekali dalam tempoh pelaburan, anda akan mendapat pulangan sebanyak 95% dari pelaburan asal.

1.27
1.26
1.2538
  • Sempadan harga yang ditetapkan
  • Pergerakan harga sebelum tempoh pelaburan
  • Pergerakan harga semasa tempoh pelaburan
  • Tempoh pelaburan

Apa akan terjadi sekiranya kadar pelindungan kapital direndahkan ke 90%?

Dengan mengandaikan bahawa parameter pelaburan yang lain dikekalkan, pelaburan asal minimum akan menurun ke 850 USD manakala potensi pulangan meningkat ke 171%.

Sekiranya EURUSD kekal dalam koridor harga yang anda tetapkan, anda akan menerima pelaburan asal sebanyak 850 USD, dengan tambahan 121 USD (850 × 171% / 12 = 121). Sebaliknya, sekiranya ramalan tidak betul, anda akan mendapat pulangan sebanyak 90% dari pelaburan asal.

Apa yang akan terjadi sekiranya kadar pelindungan kapital dibiarkan pada 90%, tetapi koridor harga antara sempadan atas dan bawah dibesarkan?

Sempadan harga diubah dari 1.27 ke 1.28. Dengan meluaskan koridor, ramalan anda menjadi lebih selamat. Dengan itu, potensi pulangan pelaburan menurun ke 67% dan pelaburan asal minimum meningkat ke 950 USD. Sekiranya harga aset tidak bersentuh dengan sempadan dalam tempoh sebulan, anda akan menerima jumlah pelaburan asal sebanyak 950 USD sepenuhnya, dengan tambahan 53 USD (950 USD × 67% / 12 = 53).

Sekiranya harga bersentuh dengan sempadan, anda akan mendapat pulangan sebanyak 90% dari pelaburan asal.

Melabur dalam produk bersentuh

FAQ

Beberapa soalan yang kerap ditanya berkaitan produk berstruktur:

Senarai lengkap persoalan berkaitan produk berstruktur terdapat dalam FAQ produk berstruktur.

Kami boleh membantu

Perhatian:

  • Pulangan dan juga hasil keuntungan dalam contoh, dan dari prestasi lepas, bukanlah jaminan keuntungan untuk masa hadapan.
  • Anda boleh membeli produk berstruktur yang didenominasi dalam ruble Rusia dan dolar AS.
  • Komisyen yang dicaj untuk melabur dalam produk berstruktu adalah 2% dari nilai aset. Komisyen ditolak pada tempoh matang produk.
  • Potensi pulangan dinyatakan sebagai peratus setiap tahun.
Kembali ke atas