Kami kini 19 tahun!

Produk berstruktur dengan kupon pulangan

Potensi keuntungan adalah tetap dan dikira secara automatik bergantung dengan parameter produk dan kemungkinan senario yang diramal oleh pelabur.

Untuk mendapatkan keuntungan maksimum, harga perlu menyentuh kadar yang ditetapkan oleh pelabur sebelum tempoh luput produk berstruktur. Produk in berbeza dari yang lain dengan kupon yang tersedia. Kupon ini memberikan hak kepada pelabur untuk mendapatkan sebahagian dari keuntungan yang dibayar sekiranya harga tidak mencecah kadar yang ditetapkan, tetapi dalam julat antara harga pembelian produk dan harga ramalan. Sekiranya pergerakan harga tidak bersepadanan dengan ramalan, pelanggan menerima jumlah pelaburan, berkadaran dengan kadar pelindungan kapital.

Produk dengan kupon pulangan

Untuk melabur dalam produk jenis ini, kadar harga perlu ditetapkan untuk disentuh oleh aset asas sebelum produk bersetruktur tersebut mencapai kematangan.

Ramalan kenaikan harga

140 USD
130 USD

Andaikan bahawa harga saham Apple adalah 130 USD. Pelabur menjangkakan bahawa harga akan menyentuh 140 USD dalam tempoh 2 bulan. Kadar pelindungan kapital ditetapkan pada 95%. Selepas memilih tetapan ini untuk produk anda, pelaburan asal minimum anda ditetapkan sebanyak 10,000 USD, pulangan maksimum adalah sebanyak 98%, dan saiz kupon adalah 7% dari kadar pelindungan kapital.

  • Sekiranya harga menyentuh 140 USD (bersamaan atau lebih) sebelum produk matang, pelabur menerima kapital pelaburan, beserta dengan pulangan sebanyak 10,000 x 44% / 12 x 2 = 733.33 USD.
  • Sekiranya produk berstruktur kekal dalam julat harga 130-140 USD sehingga kematangan produk, pelabur menerima 95% dari pelaburan asal, beserta dengan kupon berjumlah 9,500 x 7% / 12 x 2 = 110.83 USD.
  • Sekiranya harga pada tempoh matang kurang dari 130 USD, pelabur akan mendapat pulangan sebanyak 95% dari kapital pelaburan.

Ramalan kejatuhan harga

50 USD
30 USD

Andaikan bahawa harga saham Microsoft adalah 50 USD. Pelabur meramal bahawa harga akan menyentuh 35 USD dalam tempoh 6 bulan. Pelabur menetapkan kadar pelindungan kapital pada 90%, menjamin pulangan sekurang-kurangnya 90% dari kapital pada akhir tempoh pelaburan.

Dengan tetapan ini, jumlah kos pelaburan minimum ditetapkan sebanyak 5,000 USD, pulangan maksimum adalah sebanyak 52%, dan saiz kupon adalah 9% dari kadar pelindungan kapital.

  • Sekiranya harga menyentuh 35 USD (bersamaan atau kurang) sebelum produk mencapai tempoh matang, pelabur menerima kapital pelaburan, beserta dengan pulangan sebanyak 5,000 x 52% / 12 x 6 = 1,300 USD.
  • Sekiranya harga produk berstruktur kekal dalam julat 35-50 USD pada kematangan produk, pelabur menerima 90% dari kapital pelaburan, beserta dengan kupon berjumlah 4,500 x 9% / 12 x 6 = 202.5 USD.
  • Sekiranya ramalan pelabur tidak tepat dan harga aset meningkat, pelabur akan mendapat pulangan sebanyak 90% dari pelaburan asal.

Cara parameter memberi kesan kepada pulangan dan saiz kupon

Dengan melaras parameter untuk kadar pelindungan kapital dan tempoh pelaburan, pelaburan asal minimum, pulangan maksimum, dan saiz kupon boleh diubah.

Apa yang akan terjadi sekiranya kadar pelindungan kapital direndahkan ke 80%?

Kadar pelindungan kapital yang rendah akan menyebabkan pengurangan kos minimum pelaburan dalam produk berstruktur. Walaupun potensi pulangan meningkat, namun risiko juga akan turut meningkat.

Sebagai contoh, pelanggan menjangkakan harga saham Apple akan meningkat, dan senario berikut adalah berkemungkinan:

  • Dengan menetapkan kadar pelindungan kapital pada 95%, pelaburan harus melebihi 10,000 USD. Pulangan adalah sebanyak 44% dan kupon pulangan adalah 7%.
  • Dengan menetapkan kadar pelindungan kapital pada 80%, pelaburan harus melebihi 4,500 USD. Pulangan adalah sebanyak 90% dan kupon pulangan adalah 15%.
160 USD
150 USD
140 USD
130 USD
  • Sempadan harga yang ditetapkan
  • Pergerakan harga sebelum tempoh pelaburan
  • Pergerakan harga semasa tempoh pelaburan
  • Tempoh pelaburan

Apa yang akan terjadi sekiranya kadar pelidungan kapital ditetapkan pada 100%.

Peningkatan kadar pelindungan kapital akan menyebabkan kos minimum pelaburan produk berstruktur menaik. Ini menyebabkan pengurangan potensi pulangan, namun
risiko juga akan berkurangan. Pelabur tidak perlu risau tentang jaminan dana apabila kadar pelindungan kapital ditetapkan pada 100%.

Sebagai contoh, pelabur perlu memasukkan jumlah pelaburan sebanyak 10,000 USD apabila kadar pelindungan kapital ditetapkan pada 95%. Sebaliknya, apabila kadar pelindungan kapital ditetapkan pada 100%, jumlah pelaburan minimum adalah sebanyak 20,00 USD. Potensi pulangan turun dari 44% ke 22% dan saiz kupon jatuh dari 7% ke 3%.

Cara tetapan mempengaruhi pulangan produk.

Sekiranya kadar harga yang perlu disentuh ditetapkan berhampiran dengan harga semasa, potensi pulangan tidak akan menjadi tinggi. Dengan menetapkan sempadan harga berjauhan dari harga semasa, potensi pulangan akan meningkat.

Cara tempoh pelaburan memberi kesan kepada pulangan produk.

Dengan memilih tempoh matang yang panjang, kemungkinan untuk ramalan menjadi tepat akan meningkat, menyebabkan peningkatan kos pelaburan untu bahagian lebih berisiko dalam produk berstruktur. Maka, lebih jauh tarikh matang ditetapkan untuk produk, lebih rendah potensi pulangan. Tempoh pelaburan optimum adalah 6 hingga 18 bulan.

Melabur dalam produk

FAQ

Beberapa soalan yang kerap ditanya berkaitan produk berstruktur:

Senarai lengkap persoalan berkaitan produk berstruktur terdapat dalam FAQ produk berstruktur.

Kami boleh membantu

Perhatian:

  • Pulangan dan juga hasil keuntungan dalam contoh, dan dari prestasi lepas, bukanlah jaminan keuntungan untuk masa hadapan.
  • Anda boleh membeli produk berstruktur yang didenominasi dalam ruble Rusia dan dolar AS.
  • Komisyen yang dicaj untuk melabur dalam produk berstruktu adalah 2% dari nilai aset. Komisyen ditolak pada tempoh matang produk.
  • Potensi pulangan dinyatakan sebagai peratus setiap tahun.
Kembali ke atas