Kami kini 19 tahun!

Produk klasik

Produk jenis ini sesuai untuk pelabur yang merancang untuk melabur dengan jumlah yang besar dalam tempoh masa yang lama.

Potensi keuntungan tidak terhad dan bergantung hanya dengan pulangan dari jumlah yang dilaburkan dalam aset lebih berisiko dan koefisien penyertaan. Produk klasik boleh digunakan untuk mendapatkan keuntungan sama ada dari kenaikan atau kejatuhan nilai aset asas.

Contoh: Produk klasik

Andaikan bahawa anda membeli produk klasik, memilih emas sebagai aset asas (harga asal: 1,600 USD setiap auns). Anda memilih tempoh matang produk, meramal kenaikan harga emas, dan menetapkan kadar pelindungan kapital pada 95%, menjamin pulangan sebanyak 95% dari jumlah pelaburan pada tamat tempoh pelaburan.

35%
30%
25%
19.5%
15.75%
10%
5%
0
-5%
-10%
  • Harga emas
  • Pulangan produk dengan kadar pelindungan kapital sebanyak 95%
  • Pulangan produk dengan kadar pelindungan kapital sebanyak 100%
  • Potensi pulangan produk dengan kadar pelindungan kapital sebanyak 95%
  • Potensi pulangan produk dengan kadar pelindungan kapital sebanyak 100%
  • Tempoh pelaburan

Berdasarkan parameter yang dipilih, koefisien penyertaan dikira sebanyak 1.4.

Sekiranya harga emas meningkat dari 1,600 ke 1,880 USD (17.5%), pulangan pelaburan dalam aset berisiko adalah sebanyak 17.5% × 1.4 = 24.5%. Anda akan menerima 24.5% + 95% = 119.5% dari jumlah pelaburan asal. Sekiranya harga emas jatuh, anda akan menerima 95% dari jumlah pelaburan asal, berikutan kadar pelindungan kapital yang ditetapkan.

Kini, andaikan bahawa kadar pelindungan kapital ditetapkan pada 100%. Koefisien penyertaan jatuh ke 0.9. Dengan itu, kenaikan harga emas sebanyak 17.5% menghasilkan pulangan pelaburan dalam aset berisiko sebanyak 17.5% × 0.9 = 15.75%. Pelabur menerima 15.75% + 100% = 115.75% dari jumlah pelaburan asal. Sekiranya harga emas jatuh, anda akan mendapat 100% dari pelaburan asal anda.

Melabur dalam produk berstruktur

FAQ

Beberapa soalan yang kerap ditanya berkaitan produk berstruktur:

Senarai lengkap persoalan berkaitan produk berstruktur terdapat dalam FAQ produk berstruktur.

Kami boleh membantu

Perhatian:

  • Pulangan dan juga hasil keuntungan dalam contoh, dan dari prestasi lepas, bukanlah jaminan keuntungan untuk masa hadapan.
  • Anda boleh membeli produk berstruktur yang didenominasi dalam ruble Rusia dan dolar AS.
  • Komisyen yang dicaj untuk melabur dalam produk berstruktu adalah 2% dari nilai aset. Komisyen ditolak pada tempoh matang produk.
Kembali ke atas