Kami kini 19 tahun!

Produk terhad

Produk jenis ini mempunyai pelaburan minimum yang rendah tetapi koefisien penyertaan tinggi. Ia sesuai untuk pelabur yang menjangkakan trend pergerakan harga sementara dalam mana-mana arah.

Kenaikan atau kejatuhan harga aset asas boleh memberikan keuntungan.

Contoh: Produk terhad

35%
30%
26.5%
21%
15%
10%
5%
0
-5%
-10%
-15%
  • Harga emas
  • Pulangan produk dengan KPK sebanyak 95%
  • Pulangan produk dengan KPK sebanyak 100%
  • Potensi pulangan produk dengan KPK sebanyak 95%
  • Potensi pulangan produk dengan KPK sebanyak 100%
  • Tempoh pelaburan

Andaikan bahawa anda membeli produk berstruktur jenis terhad, memilih emas sebagai aset asas (harga asal: 1,600 USD setiap auns). Anda menjangkakan bahawa harga emas akan meningkat untuk 6 bulan berikutnya tetapi tidak akan melebihi 1,920 USD, dan menetapkan kadar pelindungan kapital (KPK) pada 95%, menjamin pulangan sebanyak 95% dari jumlah pelaburan pada tamat tempoh pelaburan.

Berdasarkan parameter yang dipilih, koefisien penyertaan dikira sebanyak 1.8.
Disebabkan anda menetapkan sempadan harga pada 1,920 USD, potensi
pulangan maksimum pelaburan dalam aset yang lebih berisiko adalah sebanyak
36% (20% × 1.8 = 36%; 20% — kenaikan harga aset dari 1,600 ke 1,920 USD).

Sekiranya selepas 6 bulan harga emas meningkat dari 1,600 ke 1,880 USD (17.5%),
anda akan menerima pulangan dari pelaburan dalam aset lebih berisiko sebanyak
(17.5% × 1.8 = 31.5%). Pelaburan anda akan memberikan keuntungan keseluruhan
sebanyak 26.5% (31.5% + 95% = 126.5%).

Andaikan pula bahawa harga emas meningkat sehingga 2,080 USD. Oleh sebab kadar harga melebihi sempadan harga pada 1,920 USD, pulangan dari pelaburan anda akan terhad kepada kadar tersebut, dan bukan mengikut harga aset pada akhir tempoh pelaburan. Pulangan dari pelaburan dalam aset yang lebih berisiko adalah sebanyak
36% ( (1,920 – 1,600) / 1600 = 20%; 20% × 1.8 = 36%). Keuntungan keseluran dari pelaburan anda dalam produk berstruktur adalah sebanyak 31% (36% + 95% = 131%).

Sekiranya harga emas jatuh, anda akan menerima 95% dari jumlah asal pelaburan anda.

Melabur dalam produk terhad

FAQ

Beberapa soalan yang kerap ditanya berkaitan produk berstruktur:

Senarai lengkap persoalan berkaitan produk berstruktur terdapat dalam FAQ produk berstruktur.

Kami boleh membantu

Perhatian:

  • Pulangan dan juga hasil keuntungan dalam contoh, dan dari prestasi lepas, bukanlah jaminan keuntungan untuk masa hadapan.
  • Anda boleh membeli produk berstruktur yang didenominasi dalam ruble Rusia dan dolar AS.
  • Komisyen yang dicaj untuk melabur dalam produk berstruktu adalah 2% dari nilai aset. Komisyen ditolak pada tempoh matang produk.
Kembali ke atas