Kami kini 19 tahun!

Jenis produk berstruktur

Terdapat empat jenis produk berstruktur yang tersedia, setiap satu memberikan anda penyelesaian untuk keperluan pelaburan yang berbeza. Pilihan aset asas yang luas dan kemudahan perhidmatan ini memberikan anda prospek pelaburan yang lebih menguntungkan.

Produk klasik

Produk klasik

Produk jenis ini adalah penyelesaian ideal untuk mereka yang baru menceburi pelaburan. Anda tidak perlu melakukan pengiraan yang rumit, dan potensi keuntungan anda bergantung sepenuhnya dari pergerakan harga aset asas: lebih aktif pergerakan harga, lebih besar potensi keuntungan. Produk klasik lebih sesuai untuk mereka yang ingin melaburkan jumlah dana yang besar untuk tempoh masa yang lama.

Maklumat lanjut

Produk terhad

Produk berstruktur jenis ini ditumpukan kepada pedagang yang lebih berpengalaman, dimana pengetahuan sedia ada akan digunakan untuk menilai kemungkinan pulangan. Potensi pulangan produk terhad lebih tingi dari produk klasik.

Dengan meletakkan had, potensi keuntungan anda terbatas, namun pada masa yang sama anda mendapat terma pelaburan yang lebih baik. Gunakan kemahiran analisis pergerakan harga aset asas untuk memaksimumkan pelaburan anda.

Maklumat lanjut

Produk terhad
Produk bersentuh

Produk bersentuh

Sekiranya anda pedagang aktif, anda boleh mencuba produk bersentuh, Dengan jenis produk ini, anda memilih aset asas dan menetapkan kadar harga (sempadan) yang anda meramalkan harga aset asas akan bersentuh atau tidak akan bersentuh.

Dengan produk jenis ini, hanya alatan pasangan mata wang Forex boleh digunakan sebagai aset asas. Lebih dari 30% pelanggan kami melabur dalam EURUSD.

Maklumat lanjut

Dengan kupon pulangan

Produk berstruktur jenis ini mempunyai potensi keuntungan paling tinggi. Apabila membeli produk dengan kupon pulangan, anda boleh mendapatkan keuntungan dengan pelbagai cara:

  • Sekiranya anda meramalkan saiz kenaikan harga aset asas untuk tempoh masa tertentu dengan betul.
  • Sekiranya anda meramal arah pergerakan harga untuk tempoh masa tertentu dengan betul, tidak mengambil kira sama ada harga mencapai kadar yang dinyatakan.

Justeru itu, peluang untuk mendapatkan keuntungan lebih tinggi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan mana-mana aset asas – sama ada Forex, logam berharga, indeks saham, komoditi – laburkan saham untuk sebarang tempoh.

Maklumat lanjut

Pembina produk berstruktur
Pembina produk berstruktur

Bina produk anda sendiri

Sekiranya anda tidak menjumpai produk yang sesuai dengan keperluan anda,anda boleh membina produk tersendiri menggunakan pembina produk berstruktur kami. Hanya tetapkan parameter yang sesuai dengan kehendak anda, pilih aset asas, dan lakukan pelaburan.

Maklumat lanjut

Adakah anda ingin membina strategi pelaburan yang lebih berkesan?
Rujuk kepada produk sedia ada dari pakar kami!

Teruskan

FAQ

Beberapa soalan yang kerap ditanya berkaitan produk berstruktur:

Senarai lengkap persoalan berkaitan produk berstruktur terdapat dalam FAQ produk berstruktur.

Kami boleh membantu

Perhatian:

  • Pulangan dan juga hasil keuntungan dalam contoh, dan dari prestasi lepas, bukanlah jaminan keuntungan untuk masa hadapan.
  • Anda boleh membeli produk berstruktur yang didenominasi dalam ruble Rusia dan dolar AS.
  • Komisyen yang dicaj untuk melabur dalam produk berstruktu adalah 2% dari nilai aset. Komisyen ditolak pada tempoh matang produk.
  • Potensi pulangan dinyatakan sebagai peratus setiap tahun.
Kembali ke atas