Kami kini 19 tahun!

Akaun kapital: perdagangan dan pelaburan dibawah jaminan produk berstruktur

Produk berstruktur kini lebih menguntungkan! Ambil kesempatan dari peluang unik ini dan gunakan dana pelaburan dalam produk berstruktur untuk berdagang Forex atau melabur dalam akaun PAMM atau portfolio PAMM.

Perah segala keuntungan
dari pelaburan anda

Perdagangan dan pelaburan Forex menggunakan dana dibawah jaminan produk berstruktur.

Melabur

Langkah menggunakan akaun kapital

  1. Pilih produk berstruktur yang anda inginkan. Jumlah pelaburan harus melebihi 3,000 USD1 dengan kadar pelindungan kapital melebihi 66.7%. Perkhidmatan hanya akan tersedia apabila jumlah yang diberikan kepada pelanggan (had kewangan) melebihi 1,600 USD. Anda boleh mengira had kewangan menggunakan formula berikut: KPK / 100 × kos produk × 0.8, dimana KPK — kadar pelindungan kapital untuk produk berstruktur.
  2. Apabila pembelian produk berstruktur anda telah disahkan, pihak pakar kami akan mempertimbangkan untuk memberikan anda pendahuluan. Sekiranya ia dipersetujui, akaun kapital sementara2 yang khusus untuk pendahuluan ini akan tersedia dalam myAlpari. Baki dalam akaun ini akan tersedia untuk perdagangan.
  3. Aktifkan akaun.
  4. Pindahkan dana dari akaun kapital sementara yang telah diaktifkan tersebut ke akaun dagangan atau akaun pelaburan dengan baki kosong, dan kemudian berdagang atau melabur seperti biasa. Satu-satunya perbezaan adalah dana hanya boleh diterima kembali ke akaun dari mana ia dipindahkan.
  5. Untuk mengeluarkan keuntungan anda, lakukan pemindahan dari akaun dagangan ke akaun kapital sementara, dan kemudian ke akaun sementara seperti biasa. Dalam proses ini, had pengeluaran untuk akaun akan dikenakan seperti mana yang dikenakan untuk akaun sementara produk berstruktur (sebagai contoh, sekiranya akaun didana menggunakan kad kredit atau melalui Skrill, maka anda mengeluarkan dana hanya ke sistem pembayaran yang digunakan ketika deposit atau hanya melalui wire transfer bank).
  6. Selepas produk berstruktur matang, keuntungan akan dikira, akaun kapital akan ditutup dan dipadam secara automatik. Segala dana dalam akaun tersebut akan dpindahkan ke akaun sementara, dalam mata wang mengikut pembelian produk berstruktur. Had pengeluaran akan dibatalkan dari akaun perdagangan dan pelaburan, dan anda boleh meneruskan penggunaannya seperti biasa.
Beli produk berstruktur

Anda telah membeli produk berstruktur? Mula berdagang meggunakan akaun kapital.

Contoh akaun kapital

Pelanggan membeli produk berstruktur dengan nilai 3,000 USD dengan kadar pelindungan kapital pada 100%. Selepas mengambil kira parameter produk, syarikat menawarkan akaun kapital dengan baki 2,400 USD. Berikut merupakan kemungkinan hasil pelaburan:

  • Pelaburan
    bermula
  • Pelaburan
    berakhir
  • Pelaburan dalam produk berstruktur
  • Baki dalam akaun kapital
  • Keuntungan dari pelaburan produk berstruktur
  • Keuntungan dari perdagangan dalam akaun kapital

3,000

2,400

3,000

600

825

Pelaburan produk berstruktur menguntungkan

Pulangan pelaburan dalam produk berstruktur selepas tempoh matang adalah sebanyak 20%, dan dengan itu memberikan keuntungan sebanyak 600 USD. Pada tempoh matang:

  • Perdagangan menguntungkan dalam akaun kapital.
    Andaikan bahawa keuntungan pelanggan pada tempoh matang adalah sebanyak 825 USD. Dalam kes ini, pelanggan memperoleh 600 USD + 825 USD = 1,425 USD. Keuntungan dari pelaburan awal sebanyak 3,000 USD adalah 47.5%.
  • Perdagangan tidak menguntungkan dalam akaun kapital.
    Andaikan bahawa pelanggan menanggung kerugian sebanyak 180 USD dari perdagangan pada tempoh matang produk. Jumlah ini akan diambil kira ketika pemulangan keuntungan dari produk berstruktur. Kerugian akan ditolak dari pulangan produk berstruktur, 600 USD – 180 USD = 420 USD. Keuntungan dari pelaburan awal sebanyak 3,000 USD adalah 14%.

Tiada keuntungan dari pelaburan produk berstruktur

Sekiranya tiada keuntungan dijana pada tamat tempoh matang produk, pelanggan akan menerima jumlah hasil dari perdagangan dalam akaun kapital. Sekiranya pelanggan menanggung kerugian dari perdagangan, jumlah kerugian akan ditolak dari pulangan produk berstruktur.

Pengiraan dalam akaun pelaburan berjalan dengan kaedah yang sama.

Sila ambil perhatian:

  1. Jumlah minimum yang dinyatakan untuk kadar pelindungan kapital pada 66.7%. Sekiranya nilai produk yang anda beli melebihi 3,000 USD, maka kadar pelindung kapital boleh ditetapkan lebih rendah dari 66.7%.
  2. Akaun kapital dibuka untuk setiap produk berstruktur dan sah sehingga produk mencapai tempoh matang. Dana akaun kapital hanya boleh digunakan untuk perdagangan atau pelaburan, dan tidak boleh dikeluarkan atau dipindahkan ke akaun sementara yang lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai akaun kapital sementara, sila hubungi pihak pakar kami.
Kembali ke atas