Kami kini 19 tahun!

Cari pendapatan dengan Yandex

Pelaburan dari 4,500 USD

Tarikh kematangan produk: 15/02/19

Jangkaan pulangan
dalam setahun
36%

Yandex — syarikat antarabangsa yang menyediakan pilihan perkhidmatan berteknologi tinggi yang luas, termasuk sistem enjin carian di internet (peruntukan sistem carian Yandex dalam pasaran Russia adalah sebanyak 56.5%), peta dan navigasi, perkhidmatan taksi dan penghantaran makanan, pemindahan wang, perkhidmatan pengiklanan dan komersial elektronik, liputan berita, kamus (menggabungkan sistem penterjemahan statistik dan rangkaian neural), sistem analisis web, dan juga perlindungan maklumat.

Peruntukan pulangan berdasarkan perkhidmatan:

  • 79.7% pulangan dari konteks dan bahan pengiklanan (produk: sistem carian Yandex dan perkhidmatan geolokasi)
  • 11.1% — perkhidmatan taksi dan penghantaran makanan (produk: Yandex.Taxi, Yandex.Eats)
  • 4.5% — perkhidmatan komersial elektronik (produk: Yandex.Market)
  • 2.5% — perkhidmatan pengumuman (produk: Yandex.Realty, Auto.ru, Yandex.Jobs)
  • 1.5% — perkhidmatan media (produk: KinoPoisk, Yandex.Music, Yandex.Afisha, rancangan televisyen)
  • 0.7% — perkhidmatan lain (produk: Yandex.Zen, Yandex.Drive dan lain-lain)

Syarikat ditubuhkan pada tahun 2000 dan buat masa kini memiliki 18 pejabat besar dalam sembilan negara, dengan bilangan pekerja sehingga 8,000 orang. Antara pemegang saham syarikat terbesar: Morgan Stanley (4.37%), Wellington Management Group (3.90%), BlackRock (1.74%), Goldman Sachs (1.30%).

Faktor perkembangan:

  • Penerusan pembangunan secara aktif untuk sistem carian. Kenaikan hasil pulangan untuk sektor ini dalam tahun 2017 adalah sebanyak 21.5% tahunan, suku tahun pertama 2018— 19.4% tahunan.
  • Pelancaran projek perniagaan berprospek (seperti dalam pasaran di mana syarikat telah aktif, dan juga untuk pasaran baru) dan penggabungan/pengambilalihan syarikat peneraju dalam pasaran:
    • Dalam bulan Februari tahun 2018, syarikat penghantaran melalui pesanan online, Yandex dan Uber telah digabungkan untuk perkembangan aktif dalam pasaran Russia, Azerbaijan, Armenia, Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgystan, dan Moldova. Dalam proses penggabungan syarikat, saham Yandex adalah sebanyal 59.3%, manakala saham Uber adalah sebanyak 36.9%. Baki saham lain terbahagi dalam kalangan pekerja. Kenaikan hasil pulangan Yandex.Taxi dalam tahun 2011 adalah sebanyak 111% tahunan, dan selepas penggabungan bersama Uber, dalam suku tahun pertama tahun 2018, mencecah 301% tahunan.
    • Bulan Februari 2018 juga menandakan pelancaran perkhidmatan perkongsian kenderaan Yandex.Drive yang berpotensi tinggi untuk meningkatkan hasil pulangan dengan kemungkinan sinergi bersama perkhidmatan lain yang ditawarkan dalam syarikat.
    • Dalam bulan Mac 2018, perkhidmatan penghantaraan makanan Yandex.Eats berdasarkan perkhidmatan Foodfox (perkhidmatan yan diambil alih oleh Yandex.Taxi pada penghujung tahun 2017) dan UberEATS.
    • Dalam bulan April 2018, Yandex.Market menjadi gabungan antara Sberbank dan Yandex, masing-masing menerima 45% saham sebahagian dari kerjasama, dan baki 10% diperuntukan untuk dana pilihan syarikat Yandex.Market. Gabungan kedua-dua syarikat mempunyai tiga sasaran utama:
      1. Perkhidmatan operasi, kewangan, dan logistic untuk para penjual (Yandex.Market akan menguruskan hubungan bersama pelanggan, pemprosesan, dan penghantaran pesanan).
      2. Perdagangan online (e-dagang) antarabangsa.
      3. Pembangunan selanjutnya untuk perkhidmatan berkualiti perbandingan barangan para pembeli.
    • Pelaksanaan projek utama lain meningkatkan penggunaan perkhidmatan Yandex. Secara khususnya, salah satu dari projek utama yang diterapkan dalam tahun 2017 adalah pembantu persendirian bersuara “Alisa”, yang memberi bantuan kepada pengguna dalam menyelesaikan persoalan yang ditujukan dan menyediakan maklumat yang diperlukan menggunakan kepelbagaian perkhidmatan berintegrasi Yandex (carian internet, navigasi, pesanan makanan dan pengangkutan, dan lain-lain).
  • Syarikat tidak merancang untuk membayar dividen dalam masa terdekat, kerana bertujuan untuk meneruskan pelaburan dana bebas dalam pembangunan (keadaan ini menyokong pertumbuhan saham syarikat, memandangkan Yandex telah menunjukkan keberkesanan pengurusan projek pembangunan).
  • Syarikat terus menunjukkan margin perniagaan memberangsangkan: pulangan eukiti sebanyak 9.4%m pulangan aset adalah sebanyak 6.3%, nisbah keuntungan bersih berbanding pulangan adalah sebanyak 9.0%.
  • Risiko kestabilan kewangan yang rendah: nisbah hutang bersih berbanding jumlah aset serendah 8.41%, nisbah jumlah hutang berbanding EBITDA hanya 0.73, dan nisbah hutang bersih berbanding EBITDA, sehubungan dengan rizab kecairan bebas yang besar, adalah negative (-1.17).

Tarikh kematangan produk:
15/02/19

Jangkaan pulangan dikira berdasarkan 90% pelindungan kapital dan harga aset ketika kematangan, adalah bersamaan dengan 38 USD.

Analisis teknikal

Harga saham Yandex menghampiri sempadan bawah koridor menaik jangka panjang (koridor menaik dari separuh tahun kedua tahun 2015), menembusi moving average 200 hari keatas, dan dijangka akan keluar dari penunjuk Ichimoku keatas. Kadar teknikal utama adalah (dengan mengambil kira harga dalam bursa NASDAQ): 44.34; 41.15; 38.55; 35.69; 33.90; 32.01; 28.62; 26.12; 23.53; 21.47; 20.04; 17.90; 14.59; 10.40.

Berlabur

Tiga cara mudah untuk berlabur

  • Daftar myAlpari, untuk mendapatkan
    akses ke perkhidmatan Alpari
  • Pilih idea pelaburan atau
    bina produk pelaburan sendiri!
  • Masukkan deposit ke akaun sementara menggunakan kaedah yang selesa dan laburkan wang anda!

Tidak menjumpai idea yang sesuai?

Terdapat pelbagai peluang untuk membina produk sendiri

Bina produk sendiri
Kembali ke atas