Kami kini 19 tahun!

Keuntungan makro dari teknologi mikro

Pelaburan dari 6,100 USD

Tarikh kematangan produk: 18/04/19

Jangkaan pulangan
dalam setahun
41%

Micron Technology — syarikat antarabangsa terkemuka, khusus dalam pengeluaran chip semikonduktor untuk simpanan maklumat: DRAM, NAND, NOR, 3D XPoint dan lain-lain. Pengeluaran syarikat digunakan secara meluas, sama ada untuk barangan pengguna, dan juga untuk alatan perindustrian. Jenama utama syarikat adalah seperti: Micron, Crucial dan Ballistix. Pembahagian pulangan dari jualan produk dan perkhidmatan yang berkaitan adalah seperti berikut: 71% dari pulangan — teknologi DRAM, 25% dari pulangan — teknologi NAND, 4% dari pulangan — teknologi lain. Pembahagian pulangan dari kepelbagaian negara: China menghasilkan pulangan sebanyak 51.1%, 12.5% — di Taiwan, 5% — di Jepun, 8.9% — negara lain di kawasan Asia Pasifik, 13.6% — di Amerika, 6.7% — di Eropah, 2.1% di negara lain. Micron Technology ditubuhkan pada tahun 1978. Sebahagian dari pemegang terbesar saham syarikat: BlackRock (6.10%), Goldman Sachs (1.48%), Bank of New York Mellon (1.18%), UBS (1.12%), Soros Fund Management (0.03%), Edmond de Rothschild Group (0.02%).

Faktor pertumbuhan:

  • Pada 21 Mei 2018, ahli lembaga pengarah mengumumkan tentang program baru untuk pembelian saham dengan jumlah sehingga 10 billion USD dari pasaran. Dengan itu, permodalan syarikat semasa adalah sebanyak 55 billion USD, dan pembelian semula saham dari pasaran dengan jumlah 10 billion memberi momentum yang tinggi terhadap pertumbuhan harga saham.
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pelaburan baru, pengeluaran dan pengenalan yang berjaya dalam pasaran antarabangsa. Sebagai contoh, pada 21 Mei 2018, syarikat Micron mengumumkan tentang projek kerjasama bersama Intel Corporation yang dijalinkan untuk inovasi kad memori 4bits/cell 3D NAND, memberikan ciri-ciri dan prestasi yang lebih berkuasa berbanding versi sebelum ini.
  • Penerusan pelaksanaan strategi yang berkesan, tertumpu kepada kenaikan pulangan dan pengurangan perbelanjaan. Syarikat terus menunjukkan pertumbuhan pesat: dalam suku tahun pertama 2018, pulangan meningkat sebanyak 58.25 t/t, manakala untuk keseluruhan tahun 2017, pulangan menaik sebanyak 63.9% t/t.
  • Kenaikan berterusan tanpa margin perniagaan yang tinggi: nisbah antara keuntungan bersih berbanding pulangan meningkat sehingga 47% dalam suku tahun pertama 2018 berbanding 21.3% untuk tempoh masa yang sama dalam tahun 2017. Dengan itu, dalam suku tahun pertama 2018, keuntungan meningkat sebanyak 249.1% t/t. Potensi keuntungan permodalan menaik ke 49.98% dalam suku tahun pertama 2018 (dengan bacaan sebanyak 5.18% untuk tempoh masa yang sama dalam tahun 2017). Potensi kadar keuntungan saham meningkat sehingga 27.17% dalam suku tahun pertama 2018 (dengan bacaan sebanyak 2.41% untuk tempoh masa yang sama dalam tahun 2017).
  • Saham Micron Technology diperdagang dengan diskaun seperti berikut:
    • 29% berdasarkan P/E
    • 23% berdasarkan EV/EBITDA
  • Risiko rendah untuk kestabilan kewangan: nisbah antara hutang keseluruhan berbanding saham keseluruhan adalah sebanyak 22.58%. nisbah antara hutang keseluruhan berbanding bacaan EBITDA menghampiri kosong dan berjumlah sebanyak 0.05, sehubungan dengan julat kadar kecairan bebas (koefisien kecairan mutlak — cash ratio — adalah sebanyak 1.31, merupakan bacaan yang cukup tinggi).

Tarikh kematangan produk:
18/04/19

Jangkaan pulangan dikira berdasarkan 90% pelindungan kapital dan harga aset ketika kematangan, adalah bersamaan dengan 59 USD.

Analisis teknikal

Harga saham Micron Technology berada dalam trend menaik sejak permulaan tahun 2016, telah menembusi moving average 50, 100, dan 200 hari, dan juga telah keluar dari penunjuk Ichimoku keatas. Kadar teknikal utama adalah: 61.77; 54.14; 49.91; 45.78; 39.50; 34.86; 32.69; 29.70; 26.81; 23.51; 19.18; 14.13; 10; 11.

Berlabur

Tiga cara mudah untuk berlabur

  • Daftar myAlpari, untuk mendapatkan
    akses ke perkhidmatan Alpari
  • Pilih idea pelaburan atau
    bina produk pelaburan sendiri!
  • Masukkan deposit ke akaun sementara menggunakan kaedah yang selesa dan laburkan wang anda!

Tidak menjumpai idea yang sesuai?

Terdapat pelbagai peluang untuk membina produk sendiri

Bina produk sendiri
Kembali ke atas