Kami kini 19 tahun!

Apa itu portfolio PAMM

Portfolio PAMM — gabungan berapa akaun PAMM membentuk satu portfolio. Pelaburan jenis ini membolehkan pelabur mempelbagaikan pembahagian risiko dengan memilih akaun PAMM dengan nisbah potensi keuntungan dan risiko yang optimum, dan juga jumlah pelaburan yang diinginkan.

Cara portfolio PAMM berfungsi

  1. Pengurus membuka portfolio yang memasukkan beberapa akaun PAMM, dan melaburkan wang mereka sendiri yang menjadi jaminan bahawa mereka akan menguruskan portfolio sebaik-baiknya, kerana dana pengurus juga berada dalam risiko. Pengurus boleh menukar komposisi akaun PAMM yang membentuk
    portfolio dan juga peruntukan saham dari kapital sendiri dan juga dana dari pelabur untuk setiap akaun dalam portfolio.
  2. Pelabur menyemak tahap keberkesanan portfolio dari dalam laman web, dan kemudian melabur dalam portfolio yang sesuai dengan kemahuan dan keperluan.
  3. Dagangan berlangsung dalam akaun PAMM dari portfolio. Maklumat lanjut mengenai akaun PAMM terdapat dalam ruangan "Selanjutnya mengenai akaun PAMM".
  4. Keuntungan dan kerugian dibahagikan berkadaran dalam kalangan peserta portfolio. Pengurus juga menerima pampasan dari saham keuntungan para pelabur.

Contoh pengiraan dalam portfolio PAMM

Pengurus membuka portfolio PAMM, melaburkan kapital tetap sendiri, dan menetapkan terma dan syarat untuk pelabur.

Bina portfolio PAMM

Pelabur memilih portfolio dalam mana mereka ingin melakukan pelaburan, bergantung kepada tempoh terbuka portfolio, kadar pulangan, tahap risiko, dan terma yang ditetapkan dalam tawaran pengurus.

Pilih portfolio PAMM

Semua dana yang dilaburkan dalam portfolio PAMM akan diperuntukkan dalam akaun PAMM yang terkandung dalam portfolio.

Pengurus boleh mengubah struktur portfolio pada bila-bila masa.

Dagangan berlangsung dalam akaun PAMM yang membentuk portfolio sama ada dengan hasil negatif atau positif.

Pengurus hanya mendapat pampasan apabila portfolio PAMM membawa keuntungan, hasil yang bergantung kepada komposisi keseluruhan portfolio tersebut.

+$50-$10+$40-$10+$40+$50+$40

Pelabur boleh menyemak kadar pulangan dan struktur portfolio dari myAlpari, dan membuat permohonan untuk menambah atau mengurangkan dana pelaburan mereka dalam akaun.

15% — pampasan pengurus

Keuntungan, selepas pengurus menerima pampasan, akan dibahagikan dalam kalangan pelabur portfolio, termasuk pengurus, dan berkadaran dengan saham pelaburan.

Perhatian:

  • Pulangan portfolio sebelum ini tidak menjamin keputusan pada masa hadapan.
  • Alpari menawarkan perkhidmatan portfolio PAMM kepada pengurus dan pelabur, dan tidak memegang tanggungjawab pengurusan untuk kedua-dua belah pihak.
  • Alpari tidak mengambil bahagian dalam pengurusan dana pelanggan yang dilaburkan dalam portfolio PAMM.
Kembali ke atas