Laman web kami menggunakan cookies untuk menyediakan tetapan layaran tersendiri. Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan syarat penggunaan cookies seperti yang dinyatakan dalam Dasar penggunaan cookies.

CHIEF: Akaun berusia 2 tahun 7 bulan. Pengurus menerapkan strategi perdagangan sederhana agresif. Walaupun pada saat pengarangan ulasan ini, penunjuk “drawdown semasa” menunjukkan bacaan 14.91%, akaun PAMM menduduki tempat pertama dari segi pertumbuhan akaun pelaburan dan menarik sebanyak 883 pelabur dalam bulan September. Syarat pelaburan yang disediakan adalah seperti tawaran pengurus dari 22% hingga 44%, dan jadual pelaksanaan permohonan dengan satu rollover terbuka untuk pengeluaran dana. Pengurus turut sama menjalankan perdagangan dalam sebuah akaun PAMM lain. Jumlah dana dalam pengurusan melebihi 360,000 USD, dan bilangan akaun pelaburan melebihi 1,600. Pulangan semasa melebihi 1,130%. Menurut pengisytiharan, akaun PAMM menggunakan dua scalper dengan pelbagai mata wang – jenis mudah dan malam. Unjuran keuntungan pada 1 April 2019 berada pada tahap 2,026.6%. Akaun PAMM sesuai untuk pelabur dengan profil risiko sederhana agresif.
TARB-1: Akaun berusia 2 tahun 5 bulan. Hasil pulangan semasa mencecah 900% dengan perdagangan berstrategi agresif secara maksimum. Syarat pelaburan yang disediakan adalah seperti tawaran pengurus pelbagai lapis dan jadual pelaksanaan permohonan untuk pengeluaran dana yang terbuka sepenuhnya. Pengurus juga menjalankan perdagangan dalam sebuah akaun PAMM lain. Jumlah dana dalam pengursan pada saat pengarangan ulasan melebihi 140,000 USD. Dalam bulan September, pengurus berjaya menarik 851 pelabur. Unjuran keuntungan pada 1 Oktober 2019 adalah sebanyak 1,523.78%. Akaun PAMM ini menduduki tempat kedua dalam penilaian dan sesuai untuk pelabur dengan profil risiko agresif.
Cobalt: Akaun berusia 2 tahun 8 bulan. Hasil pulangan semasa pada saat pengarangan ulasan adalah sebanyak 2,646.5%. Pengurus menjalankan perdagangan secara agresif. Pada saat pengarangan ulasan, hasil perdagangan akaun PAMM adalah sebanyak 447,092 USD, dan jumlah dana dalam pengurusan adalah sebanyak 391,744 USD. Syarat pelaburan yang disediakan adalah seperti tawaran pengurs tetap pada 30% dan jadual pelaksanaan permohonan untuk pengeluaran dana terbuka sepenuhnya. Dalam bulan September, akaun PAMM menerima 424 pelabur, meletakkan akaun pada tempat ketiga dalam penilaian dari segi pertumbuhan akaun pelaburan. Pengurus menyatakan segala maklumat mengenai alatan perdagangan yang terlibat dalam strategi, membuktikan ketelusan perdagangan. Unjuran keuntungan akaun PAMM menjelang 1 April 2019 adalah sebanyak 5,008.74%. Akaun PAMM sesuai untuk pelabur dan pengurus portfolio dengan profil risiko agresif.
CFD USA: Akaun berusia 3 tahun 11 bulan. Pengurus menerapkan strategi agresif dalam perdagangan. Dalam bulan Mac 2017, akaun PAMM memasuki tahap drawdown, dan masih berkekalan sehingga hari ini. Penunjuk “Drawdown semasa”, yang dikira dari keuntungan maksimum sehingga tahap semasa, menunjukkan nilai 72.37%. Pengurus membuat percubaan untuk menaikkan semula graf keuntungan. Dalam bulan September, akaun PAMM menduduki tempat pertama dengan menunjukkan hasil perdagangan sebanyak 200.59%. Syarat pelaburan yang disediakan adalah seperti tawaran pelbagai lapis dari 20% hingga 50% dan jadual pelaksanaan permohonan dengan tiga rollover terbuka untuk pengeluaran dana. Unjuran keuntungan pada 1 Oktober 2019 dijangka sebanyak 879.11%. Akaun sesuai untuk pelabur agresif.
Laech: Akaun berusia 7 bulan 11 hari. Akaun PAMM agresif ini masih muda, tetapi berbeza dari yang lain, dengan jumlah permodalan pengurus sebanyak 50,000 USD (jumlah yang tidak boleh dikeluarkan, dan hanya boleh diakses oleh pelabur dengan membubarkan akaun PAMM). Tawaran pengurus yang disediakan dalam akaun PAMM ditetapkan sebanyak 50% dan jadual pelaksanaan permohonan untuk pengeluaran dana dengan 1 rollover terbuka. Dalam bulan September, pengurus berjaya menunjukkan keuntungan sebanyak 56.70% dan membawa akaun PAMM beralih dari keuntungan negatif. Akaun sesuai untuk pelabur agresif.
AR-HEDGE: Akaun berusia 1 tahun 11 bulan, dan didenominasi dalam mata wang ruble Rusia. Pengurus menjalankan perdagangan dengan stratego agresif. Dalam bulan September, pengurus berjaya menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 55.59%. Penunjuk “Drawdown semasa” menunjukkan bacaan bernilai 13%. Hasil perdagangan pada saat pengarangan ulasan adalah sebanyak 758,638 RUB. Jumlah dana dalam pengurusan adalah 1,264,847 RUB. Selain dari akaun PAMM ini, pengurus juga menjalankan perdagangan dalam tiga akaun PAMM aktif lain. Keuntungan semasa berada pada tahap 283%. Syarat pelaburan yang disediakan adalah seperti tawaran pelbagai lapis dari 17% hingga 35%. Jadual pelaksanaan permohonan juga menyediakan tiga rollover terbuka untuk pengeluaran dana. Unjuran keuntungan pada 1 April 2019 berada pada tahap 449%. Akaun sesuai untuk pelabur agresif.
Berdagang dengan keselesaan seperti di rumah
Alpari Cashback: tetapkan syarat perdagangan dalam pasaran Forex dengan sendiri! berdagang, melabur, masukkan deposit ke akaun di Alpari dan dapatkan mata ganjaran bonus untuk memperbaharui syarat perdagangan dan pelaburan.
DaftarPerhatian:
Ramalan dalam ulasan adalah dari sudut pendapat pengarang. Segala komen dalam ulasan bukanlah saranan atau garis panduan dalam perdagangan pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan kerugian (atau kerosakan dalam bentuk lain), sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan isi kandungan yang diterbitkan dalam ulasan.
Berlaku kesilapan. Sila cuba sebentar lagi.
Kesilapan ini telah dimaklumkan kepada pihak sokongan teknikal kami.
Balik semula
Klik Teruskan untuk dibawa ke laman web Alpari Eropah yang dikendalikan oleh Alpari Eropah Sdn.,
syarikat yang didaftar di Malta dan dikendalikan oleh MFSA.Untuk kekal di laman web ini, klik Batalkan.

Чтобы опубликовать аналитический обзор на Вашей странице в соцсети, нажмите кнопку «Поделиться».
Попробуйте опубликовать пост еще раз либо свяжитесь со службой поддержки социальной сети «ВКонтакте».
У вас есть 24 часа, чтобы получить 50 бонусных баллов за свой репост! Эти баллы вы сможете использовать для улучшения торговых и инвестиционных условий в Альпари, а также уменьшения комиссий за денежные переводы.
Просто авторизуйтесь в своем Личном кабинете или зарегистрируйтесь,
если у вас его еще нет.
Обратите внимание, что для получения баллов нужно разрешить доступ к своей странице ВКонтакте сайту alpari.com/ru/.
Для этого на странице «Мои настройки» во вкладке «Приватность» в разделе «Прочее» вашего аккаунта ВКонтакте в пункте «Кому в интернете видна моя страница» выберите «Всем».
Ruang tidak diisi dengan betul.
Ruang perlu diisi.
Ruang perlu diisi.
Log masuk atau kata laluan salah.