Kami kini 19 tahun!

Akaun PAMM terbaik bulan Ogos 2018

## ikemefuna name

Mengikut populariti

Akaun PAMM paling popular

  1. MovingUP: Akaun berusia 1 tahun 11 bulan. Pengurus menerapkan strategi perdagangan sederhana agresif dan berjaya menunjukkan hasil perdagangan di sekitar 30,000 USD, dan pulangan semasa pada saat pengarangan ulasan melebihi 550%.  Kepercayaan pelabur terhadap pengurus terbukti dengan jumlah dana dalam pengurusan yang berjumlah sebanyak 210,000 USD, dan bilangan akaun pelaburan menghampiri 1,000. Syarat pelaburan yang disediakan seperti tawaran dua lapis sebanyak 25% dan 30%, beserta dengan jadual pelaksanaan permohonan dengan dua rollover terbuka untuk pengeluaran dana. Sehubungan dengan pengisytiharan akaun, pengurus menggunakan dua alatan dalam perdagangan, iaitu USDJPY dan EURUSD. Kemasukan dalam pasaran dijalankan mengikut isyarat secara manual, tanpa mengambil kira masa dan hari. Unjuran pulangan menjelang 5 Mac 2019 dijangka sebanyak 1,019.36%. Dalam bulan Ogos, pengurus memperoleh 698 akaun pelaburan baru. Akaun ini sesuai untuk pelabur dan pengurus portfolio dengan profil risiko sederhana agresif.

  2. Moriarti: Akaun berusia 3 tahun 8 bulan. Pengurus menerapkan strategi perdagangan agresif maksimum, dan hasil perdagangan pada saat pengarangan ulasan melebihi 560,000 USD. Hasil pulangan semasa mencecah 45,000% sejak pembukaan akaun PAMM. Dalam bulan Ogos, pengurus menarik 697 akaun pelaburan, membolehkan akaun PAMM untuk menduduki tempat ketiga dalam penilaian dari segi populariti untuk bulan sebelum ini. Syarat pelaburan yang disediakan adalah seperti jadual pelaksanaan permohonan terbuka sepenuhnya, dan juga tawaran untuk pengurus pelbagai lapis dari 25% ke 40%. Bilangan pelabur akaun PAMM melebihi 1,700, dan jumlah dana dalam pengurusan adalah menghampiri 480,000 USD. Unjuran keuntungan akaun menjelang 5 September 2019 dijangka sebanyak 234,187.49%. Akaun PAMM ini sesuai untuk pelaburan agresif.

  3. Cobalt: Akaun berusia 2 tahun 8 bulan. Pengurus menerapkan strategi agresif, menunjukkan hasil perdagangan positif.  Sejak pembukaan akaun, pengurus berjaya mendapatkan sehingga 390,000 USD untuk para pelabur. Pulangan semasa akaun pada saat pengarangan ulasan adalah sebanyak 2,298%, manakala jumlah dana dalam pengurusan adalah di sekitar 360,000. Syarat pelaburan dalam akaun PAMM yang disediakan adalah seperti tawaran pengurus tetap sebanyak 30% dan jadual pelaksanaan permohonan deposit dan pengeluaran dana terbuka sepenuhnya. Bilangan akaun pelaburan melebihi 1,400, menunjukkan kadar kepercayaan pelabur yang tinggi kepada pengurus. Dalam bulan Ogos, pengurus berjaya menarik 617 pelabur baru. Dalam ruangan “perdagangan”, anda boleh memantau alatan perdagangan yang digunakan dalam perdagangan. Unjuran keuntungan pada 5 Mac 2019 dijangka pada 4,334.41%. Dalam bulan Ogos, pengurus berjaya mendapatkan sehingga 113.82% untuk para pelabur.

Mengikut pulangan

Akaun PAMM dengan pulangan paling tinggi

  1. Cobalt: Akaun berusia 2 tahun 8 bulan. Pengurus menerapkan strategi agresif, menunjukkan hasil perdagangan positif.  Sejak pembukaan akaun, pengurus berjaya mendapatkan sehingga 390,000 USD untuk para pelabur. Pulangan semasa akaun pada saat pengarangan ulasan adalah sebanyak 2,298%, manakala jumlah dana dalam pengurusan adalah di sekitar 360,000. Syarat pelaburan dalam akaun PAMM yang disediakan adalah seperti tawaran pengurus tetap sebanyak 30% dan jadual pelaksanaan permohonan deposit dan pengeluaran dana terbuka sepenuhnya. Bilangan akaun pelaburan melebihi 1,400, menunjukkan kadar kepercayaan pelabur yang tinggi kepada pengurus. Dalam bulan Ogos, pengurus berjaya menarik 617 pelabur baru. Dalam ruangan “perdagangan”, anda boleh memantau alatan perdagangan yang digunakan dalam perdagangan. Unjuran keuntungan pada 5 Mac 2019 dijangka pada 4,334.41%. Dalam bulan Ogos, pengurus berjaya mendapatkan sehingga 113.82% untuk para pelabur.

  2. Cyborg01: Akaun berusia 2 tahun 3 bulan. Hasil pulangan akaun semasa melebihi 600% dengan penerapan strategi perdagangan sederhana agresif. Syarat pelaburan yang disediakan adalah seperti tawaran pelbagai lapis dari 20% hingga 40% dan jadual pelaksanaan permohonan dengan dua rollover terbuka untuk pengeluaran dana. Pada saat pengarangan ulasan, akaun PAMM menerima 250 akaun pelaburan, dan jumlah dana dalam pengurusan melebihi 60,000 USD. Strategi perdagangan juga telus dengan penjelasan jenis alatan perdagangan yang digunakan oleh pengurus. Unjuran keuntungan akaun menjelang 5 Mac 2019 terletak pada kadar 953.16%. Dalam bulan Ogos, pengurus menunjukkan keuntungan sebanyak 64.01%. Akaun ini sesuai untuk pelaburan sederhana dan agresif.

  3. SWISS INVEST GENEVA: Usia akaun adalah disekitar setahun.  Pengurus menggunakan strategi perdagangan agresif. Pulangan semasa akaun melebihi 750%. Permodalan pengurus adalah sebanyak 5,000 USD, dana yang tidak boleh dikeluarkan dari akaun melainkan ia dibubarkan, bermakna turut sama terdedah kepada risiko perdagangan. Syarat pelaburan akaun PAMM yang disediakan adalah seperti tawaran pelbagai lapis dari 20% hingga 45%, dan juga jadual pelaksanaan permohonan dengan lapan rollover terbuka untuk pengeluaran dana. Pengurus juga menjalankan perdagangan dengan hasil positif dalam dua akaun aktif lain. Pada saat pengarangan ulasan, pengurus menarik sehingga 110 pelabur, dan jumlah dana dalam pengurusan melebihi 40,000 USD. Dalam ruangan “Perdagangan”, alatan perdagangan yang digunakan oleh pengurus dijelaskan beserta dengan strategi perdagangan. Walaupun begitu, buat masa kini, pengisytiharan tidak dipenuhi oleh pengurus, kerana penunjuk “drawdown maksimum” adalah sebanyak 45.15% melebihi 40% (nilai yang dinyatakan). Akses terhadap penerangan algoritma perdagangan juga diberikan, merupakan faktor untuk memilih akaun PAMM. Unjuran keuntungan akaun pada 5 Disember 2018 adalah sebanyak 1,390.81%. Dalam bulan Ogos, pengurus mendapatkan keuntungan sebanyak 63.69%. Akaun PAMM sesuai untuk pelaburan agresif.

 

02 Oktober, 17:08 EET (GMT+3)
Akaun PAMM terbaik bulan September 2018

Perhatian:

Ramalan dalam ulasan adalah dari sudut pendapat pengarang. Segala komen dalam ulasan bukanlah saranan atau garis panduan dalam perdagangan pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan kerugian (atau kerosakan dalam bentuk lain), sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan isi kandungan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas