Cara akaun PAMM dan portfolio PAMM berfungsi

Pengurus

Membuka akaun PAMM dan memasukkan jumlah dana tertentu (modal pengurus), yang digunakan bersama dengan dana pelabur. Pengurus membuka tawaran, menyatakan syarat pelaburan, termasuk peratusan dari keuntungan, iaitu pampasan untuk pengurusan akaun

Pelabur

Mengkaji tahap keberkesanan perdagangan pengurus menggunakan penilaian bebas dan melaburkan dana dalam akaun PAMM yang dipilih. Sekiranya hasil perdagangan adalah positif, pelabur akan menerima keuntungan, dengan sebahagian daripadanya akan dibayar kepada pengurus sebagai pampasan untuk perdagangan yang berjaya.

Skema gambaran akaun PAMM

$30060%40%Dana pengurus$200Dana pelabur$500Jumlah akaun PAMMsehingga permulaan perdagangan selang$1,500Jumlah baki akaun PAMMpada akhir selang dagangan+200%+$1,000$80$980Dana pengurus ($900)dengan mengambil kira pampasan ($80)$520Dana pelabur ($600) dengan penolakan pampasan ($80)
  1. Berapakah yang akan diterima oleh pelabur dan pengurus selepas selang perdagangan tanpa mengambil kira pengiraan pampasan?

    Akaun PAMM menunjukkan pulangan sebanyak 200%. Pengurus dengan itu akan memperoleh 200% dari jumlah pelaburan asal, iaitu sebanyak 600 USD.
    Pelabur juga akan menerima 200% dari 200 USD — iaitu sebanyak 400 USD.

  2. Bagaimanakah keuntungan dan kerugian dalam akaun PAMM diperuntukan?

    Semua keuntungan dan kerugian dalam akaun PAMM diperuntukan secara berkadaran dengan dana yang dilabur. Dalam contoh diatas, saham pengurus adalah sebanyak 60%, 3,000 USD, manakala saham pelabur adalah sebanyak 40%, 200 USD, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 500 USD.

  3. Berapakah jumlah yang akan dibayar oleh pelabur kepada pengurus sebagai pampasan?

    Pelabur akan membayar kepada pengurus sebanyak 20% dari keuntungan sebanyak 400 USD, dan dengan itu, akan membayar 80 USD.

  4. Bagaimanakah struktur akaun pelabur dan pengurus selepas pengiraan?

    Selepas selang perdagangan berakhir dan mengambil kira bayaran pampasan, pelabur akan memiliki: 200 + 400 − 80 = 520 USD. Pengurus pula akan memperoleh: 300 + 600 + 80 = 980 USD.

Berlabur atau uruskan akaun PAMM!

Pengurus

Membentuk portfolio dengan menghimpun pelbagai akaun PAMM dan memasukkan dana sendiri, untuk memastikan pengurusan dijalankan secara jujur dan berdedikasi. Pengurus boleh menukar struktur akaun PAMM dan saham dana dalam portfolio PAMM. Pampasan akan diterima dalam bentuk sejumlah peratusan dari keuntungan pelabur portfolio.

Pelabur

Mengkaji tahap keberkesanan perdagangan pengurus portfolio menggunakan penilaian bebas dan melaburkan dana dalam portfolio PAMM yang dipilih. Sekiranya dalam akaun PAMM yang membentuk portfolio menunjukkan hasil perdagangan adalah positif, pelabur akan menerima keuntungan, dengan sebahagian daripadanya akan dibayar kepada pengurus sebagai pampasan untuk perdagangan yang berjaya.

Skema gambaran portfolio PAMM

60%40%$3,264Dana pengurus ($3,240)dengan mengambil kira pampasan ($24)$2,136Dana pelabur ($2,160) dengan penolakan pampasan ($24)Akaun PAMM 1+$300+$150$24−$50$3,000$1,000Dana pengurus$2,000Dana pelabur20%Akaun PAMM 2$1,50030%Akaun PAMM 3$2,50050%Akaun PAMM 1$1,300Akaun PAMM 2$1,650Akaun PAMM 3$2,450
  1. Bagaimanakah keuntungan dan kerugian dalam portfolio PAMM diperuntukan?

    Semua keuntungan dan kerugian dalam portfolio PAMM diperuntukan secara berkadaran dengan dana yang dilabur. Dalam contoh diatas, saham pengurus adalah sebanyak 60%, 3,000 USD, manakala saham pelabur adalah sebanyak 40%, 2,000 USD, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,000 USD.

  2. Bagaimanakah dana dalam akaun PAMM diperuntukan mengikut contoh?

    Pengurus portfolio memilih saham 20%, 30% dan 50%, dan dengan itu, dana akan dimasukkan dalam akaun PAMM sebanyak 1,000, 1,500, dan 2,500 USD. Dalam setiap akaun ini, dana pengurus dan pelabur akan diperuntukan bersepadanan dengan saham dari jumlah pelaburan asal.

  3. Berapakah yang akan diterima oleh pelabur dan pengurus selepas selang perdagangan tanpa mengambil kira pengiraan pampasan?

    Mengikut contoh ini, hasil dalam akaun PAMM adalah sebanyak +300, +150, −50 USD, dengan jumlah keseluruhan 400 USD. Berdasarkan saham, keuntungan pelabur adalah sebanyak: 400 × 0.4 = 160 USD. Pengurus pula akan memperoleh: 400 × 0.6 = 240 USD.

  4. Berapakah jumlah yang akan dibayar oleh pelabur kepada pengurus sebagai pampasan?

    Oleh kerana pampasan pengurus portfolio secara kebiasaannya adalah sebanyak 15%, maka pelabur akan membayar kepada pengurus sebanyak: 160 × 0.15 = 24 USD.

  5. Bagaimanakah struktur akaun pelabur dan pengurus selepas pengiraan?

    Selepas mengambil kira pampasan, pengurus akan menerima: 240 + 24 = 264 USD. Jumlah dana kemudiannya akan berjumlah: 3,000 + 264 = 3,264 USD.

Berlabur atau uruskan portfolio PAMM!

Perhatian!

Pulangan yang diperoleh dalam akaun PAMM pada masa lepas tidak menjamin keuntungan pada masa akan datang!
Alpari hanya memnyediakan perkhidmatan untuk pelabur dan pengurus, tetapi tidak terlibat dalam pengurusan dana untuk mana-mana pihak.
Alpari tidak menguruskan, dan tidak mengambil bahagian dalam pengurusan dana pelanggan yang dilaburkan dalam akaun PAMM.

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.