• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

Penarafan bagi pelabur akaun PAMM yang berjaya

Soalan Lazim

Penarafan perkhidmatan PAMM Alpari menyediakan cara yang mudah untuk mencari akaun yang sesuai untuk dilaburkan. Kami menggunakan pengalaman kami yang meluas untuk menghasilkan sistem penarafan untuk akaun dan pelabur PAMM. Penarafan ini berfungsi sebagai alat yang berguna untuk sesiapa yang mencari tempat untuk melaburkan dana mereka dalam perkhidmatan PAMM.

Penarafan pelabur

Penarafan pelabur menunjukkan tempat yang menjadi pilihan pelaburan bagi pelabur yang paling berjaya.

Penarafan ini dikemas kini sekali seminggu pada hari Sabtu. Dalam pengiraan untuk menentukan penarafan, sistem ini mengambil kira data pelaburan daripada minggu sebelumnya.

Sistem penarafan ini hanya mengambil kira pelaburan langsung dalam akaun PAMM yang dibuat oleh individu. Oleh itu, pelaburan dalam portfolio PAMM, dan pelaburan yang dibuat oleh portfolio PAMM ke dalam akaun PAMM tidak diambil kira.

Hanya pelabur yang mempunyai dana dalam 2 atau lebih akaun semasa tempoh rujukan.

Pelaburan dalam akaun PAMM persendirian tidak diambil kira dan juga pelaburan yang dibuat ke akaun pelaburan pengurus.

Dalam pengiraan pulangan, hanya pulangan bagi 2 atau lebih akaun PAMM yang mempunyai dana pelabur di dalamnya selama tempoh rujukan sepenuhnya akan diambil kira. Pulangan dikira selepas penolakan ganjaran pengurus dibuat. Hanya pelabur dengan pulangan mingguan sekurang-kurangnya 2% disertakan dalam penarafan.

Kedudukan pelabur dalam penarafan ditentukan bukan sahaja mengikut keberuntungan, tetapi juga mengikut kepelbagaian pelaburan. Lebih banyak akaun PAMM yang pelabur mempunyai dana, lebih rendah jumlah risiko pelaburan mereka dan dengan itu, lebih tinggi kepelbagaian pelaburan. Hal ini akan meningkatkan kedudukan pelabur dalam penarafan.

Semua pengiraan dibuat dalam USD mengikut kadar ECB rasmi pada akhir tempoh rujukan.

Dalam proses...

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.