Kami kini 19 tahun!

Jenis-jenis Fix-Contracts

Call / Put

Lakukan ramalan berkaitan arah pergerakan harga: menaik ("Call") atau menurun ("Put").
Sekiranya ramalan anda betul, anda boleh mendapat keuntungan sehingga 100% untuk dagangan tersebut.

Pada pukul 15:00, kadar semasa untuk pasangan mata wang USDJPY dalam pasaran adalah 119.088 JPY untuk USD. Pedagang menjangkakan harga aset tersebut untuk meningkat dalam tempoh sejam berikutnya. Pedagang kemudiannya memilih kontrak Call / Put untuk alatan USDJPY yang luput pada 16:00. Kontrak CALL dipilih kerana meramalkan peningkatan harga aset tersebut, dan melabur sebanyak 300 USD.

Pada pukul 16:00, harga USDJPY telah meningkat sehingga 120.048, bermaksud ramalan pedagang adalah betul. Payout (pulangan) untuk kontrak ini adalah sebanyak 90% dan pedagang menerima 270 USD: 300 USD × 90% = 270 USD.

Labur

Touch

Pilih sama ada anda ingin meletakkan sempadan kadar harga diatas atau dibawah kadar harga semasa. Sekiranya harga pasaran mencapai sempadan kadar harga ini sebelum luput, anda boleh mendapat keuntungan sehingga 100% untuk dagangan anda.

Pada pukul 11:45, emas diperdagang pada harga 1,600 USD untuk setiap auns. Pedagang menjangkakan harga untuk mencapai 1,625 USD setiap auns dalam tempoh sejam, lalu memilih Touch untuk alatan emas dengan keuntungan sebanyak 95% dan tempoh luput pada pukul 12:45. Selepas kontrak ini dipilih, 3 kadar harga berikut dipaparkan:

  • 1,625: sempadan atas harga
  • 1,600: kadar harga semasa emas
  • 1,580: sempadan bawah harga

Pedagang meramalkan peningkatan harga emas sehingga 1,625 USD, oleh itu memilih "UP", dan melabur sebanyak 200 USD.

Dalam tempoh satu jam, harga emas menembusi sempadan atas harga pada 1,625 USD, dan mencapai sehingga 1,627, sebelum jatuh lebih rendah dari harga asal pembukaan pada tempoh luput rangka masa yang dipilih.

Namun, oleh kerana harga menyentuh kadar 1,625 seperti jangkaan, ramalan pedagang adalah betul. Sehubungan dengan itu, pedagang mendapat keuntungan sebanyak 200 USD × 95% = 190 USD.

Labur

Range

Pilih range sekiranya anda menjangkakan bahawa harga aset akan berada dalam julat yang ditetapkan selepas tempoh luput rangka masa yang dipilih. Sekiranya ramalan anda betul, keuntungan pada tempoh luput adalah sehingga 100%!

Pada pukul 18:05. alatan EURUSD diperdagang pada harga 1.3020. Pedagang menjangkakan penurunan harga sebanyak beberapa pip dalam tempoh 5 minit kemudian. Dengan itu, pedagang memilih kontrak Range dengan Payout (pulangan) sebanyak 95% dan tempoh luput pada pukul 18:10 untuk EURUSD. Selepas kontrak ini dipilih, 3 kadar harga berikut dipaparkan:

  • 1.3027: sempadan atas harga
  • 1.3020: kadar harga semasa EURUSD
  • 1.3012: sempadan bawah harga

Pada pukul 18:10. harga untuk alatan EURUSD jatuh sehingga 1.3014, 6 pip dibawah harga pasaran pada masa pembukaan dagangan, tetapi masih berada diatas sempadan bawah harga pada 1.3012.

Disebabkan harga tidak menembusi sempadan, walaupun telah jatuh lebih rendah dari harga pembukaan, pedagang menerima 950 USD untuk dagangan tersebut: 1,000 USD × 95% = 950 USD.

Labur

Spread

Ramalkan sama ada harga selepas tempoh luput rangka masa yang dipilih akan lebih atau kurang dari kadar harga yang ditetapkan oleh syarikat atau tidak. Sekiranya ramalan anda betul, keuntungan pada tempoh luput adalah sebanyak 100%!

Pada pukul 12:10 (EET), selepas pembukaan pasaran saham UK, kadar pertukaran GBPUSD adalah pada 1.65000, dan menunjukkan kenaikan yang stabil.

Menjangkakan kenaikan kadar untuk berterusan, pedagang membut keputusan untuk berdagang kontrak Spread, menggunakan GPBUSD sebagai aset asas, dengan ramalan bahawa pada pukul 13:00, apabila tempoh luput rangka masa dipilih, harga akan melebihi kadar yang ditawarkan pada 1.65030.

Jumlah pelaburan adalah sebanyak 500 USD dan kontrak "CALL" dipilih.

Pada pukul 13:00 (EET), harga untuk alatan GBPUSD telah meningkat kepada 1.65500, bermaksud ramalan pedagang adalah betul.

Pedagang mendapat keuntungan sebanyak 500 USD × 100% = 500 USD, sekaligus menggandakan dana mereka.

Labur

Ekspres

Tentukan arah pergerakan harga untuk tiga aset yang berbeza, sama ada ke atas atau ke bawah. Sekiranya ramalan anda betul, maka peratusan Payout (pulangan) akan didarab dengan satu sama lain. Sila ambil perhatian bahawa ramalan yang betul untuk ketiga-tiga aset merupakan satu-satunya syarat untuk menerima keuntungan dan mengekalkan jumlah Payout (pulangan).

Anggapkan bahawa pada pukul 15:00 (GMT+3), alatan XAUUSD diperdagang pada harga 1,300 USD untuk setiap auns emas, pasangan mata wang EURJPY pada 135.25 JPY untuk setiap EUR, dan pasangan mata wang GBPCHF pada 1.3434 CHF untuk setiap GBP.

Pelabur menjangkakan bahawa sejam berikutnya harga emas akan menaik, manakala kadar pertukaran untuk pasangan mata wang EURJPY dan GBPCHF pula akan menurun.

Pelabur memilih kontrak Express dengan tempoh luput selama sejam, dengan memilih Call untuk alatan XAUUSD dan Put untuk pasangan mata wang EURJPY dan GBPCHF. Pelabur kemudiannya memilih nilai 300 USD untuk kontrak Express.

Pada pukul 16:00, harga untuk alatan tersebut berubah seperti berikut: XAUUSD menaik ke 1,315 USD, EURJPY menurun ke 135.04, dan GBPCHF menurun ke 1.3420.

Hal ini bermakna ramalan pelabur adalah betul. Dengan kontrak Express, Payout (pulangan) untuk setiap satu kontrak berjumlah sebanyak:

  • XAUUSD — 75%
  • EURJPY — 80%
  • GBPCHF — 70%

Anda boleh mengira keuntungan yang diterima oleh pelabur menggunakan formula berikut:
Keuntungan = (175% × 180% × 170%) × koefisien1 – 100% = 435.5%

Sehubungan dengan itu, pelabur akan menerima keuntungan sebanyak 300 USD × 435.5% = 1,306.50 USD.

Labur

Turbo

Tentukan arah pergerakan harga untuk 5 detik tick dengan nilai berbeza berikutnya: sama ada ke atas atau ke bawah. Sekiranya ramalan anda betul, apabila tempoh kontrak luput, anda boleh mendapat keuntungan sehingga 75% dari deposit awal anda.

Andaikan bahawa kadar pertukaran pasangan mata wang GBPUSD semasa terletak pada 1.39514. Pelabur mempercayai bahawa apabila kontrak luput, kadar pertukaran akan menaik lebih tinggi berbanding nilai semasa, maka pelabur membeli kontrak Call sebanyak 1 USD.

Kadar pertukaran berubah seperti berikut: 1.39514 → 1.39509 → 1.39513 → 1.39513 → 1.39515 → 1.39514 → 1.39514 → 1.39519. Harus diingatkan bahawa detik tick dengan nilai yang sama tidak akan diambil kira. Sehubungan dengan itu, bacaan tick akan menunjukkan nilai berikut: 1) 1.39509 2) 1.39513 3) 1.39515 4) 1.39514 5) 1.39519. Dalam kes ini, kontrak akan luput pada kadar pertukaran 1.39519.

Ramalan pelabur adalah betul. Dengan pulangan (Payout) ditetapkan sebanyak 75%, pelabur akan menerima keuntungan sebanyak 1 USD × 75% = 0.75 USD. Dengan mengambil kira deposit awal pelabur, jumlah pulangan adalah sebanyak 1.75 USD.

Labur

Sila ambil perhatian:

  1. Nilai koefisien adalah tidak tetap dan bergantung kepada keadaan pasaran. Nilai ini boleh berada dalam lingkungan antara 0.1 hingga 1.

Perhatian:

Payout (pulangan), dinyatakan sebagai peratusan dari jumlah pelaburan, adalah jumlah yang akan diterima oleh pedagang sekiranya segala syarat Fix-Contracts dipenuhi. Saiz potensi keuntungan untuk Fix-Contracts berbagai-bagai dan bergantung pada keadaan pasaran. Syarat perdagangan mungkin berubah-ubah dan sebahagian jenis kontrak dan rangka masa mungkin tidak dapat diakses mengikut kecairan pasaran.

Kembali ke atas