Mengapakah terdapat yuran tambahan ditolak dari jumlah pemindahan saya?

Alpari tidak mengambil sebarang komisyen tambahan atas pemindahan dana anda dari akaun bank syarikat kami ke akaun Alpari anda. Jumlah wang yang akan dipindahkan ke akaun dagangan pelanggan adalah bersamaan dengan jumlah yang telah dipindahkan ke akaun bank syarikat kami.

Berkemungkinan besar, komisyen tambahan dikenakan oleh salah satu dari bank yang terlibat dalam pemindahan wire transfer yang mengenakan caj pemindahan tersendiri.

Menurut peraturan perbankan antarabangsa, pembayar berhak untuk menuntut bank mereka agar mematuhi salah satu dari pilihan komisyen tersebut apabila melakukan pembayaran:

  • OUR — segala komisyen dibayar oleh penghantar (Alpari). Sila ambil perhatian bahawa sekiranya bank koresponden terlibat dalam pemindahan, maka jumlah yang akan diterima adalah selepas menolak komisyen yang dicaj oleh bank tersebut.
  • SHA — komisyen dibahagikan antara penghantar dan penerima (pelanggan).
  • BEN — segala komisyen ditanggung oleh penerima (pelanggan).

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.