JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apa itu "gap harga"?

"Gap harga" boleh menjadi salah satu dari duua situasi berikut:

  1. Apabila sebutan harga Bid lebih dari Ask dari sebutan harga sebelumnya
  2. Apabila sebutan harga Ask rendah dari Bid dari sebutan harga sebelumnya

Gap harga tidak semestinya boleh dilihat dalam carta. Berikut merupakan dua senario berlakunya gap harga:

  • Dalam senario pertama, anda boleh melihat gap harga dalam rangka masa M1 (1 minit):

## gap 1

Dalam contoh ini, pesanan Buy Stop ditetapkan pada 1.4305, seperti yang dipaparkan dalam gambar rajah.

Sebutan harga terakhir sebelum gap adalah 1.4300. Sebutan harga selepas gap adalah 1.4331.

Pesanan Buy Stop yang ditetapkan pada 1.4305 jatuh dalam gap harga.

  • Dalam senario kedua, gap harga tidak boleh dilihat dalam rangka masa M1 (1 minit):

## gap 2

Dalam contoh ini, pesanan Sell Stop ditetapkan pada 1.3625, seperti yang dipaparkan dalam gambar rajah.

Sebutan harga terakhir sebelum gap adalah 1.3628. Sebutan harga selepas gap adalah 1.3606.

Pesanan Sell Stop yang ditetapkan pada 1.3625 jatuh dalam gap harga.

Lilin putih yang panjang dapat dilihat dalam carta. Gap harga terletak di dalam lilin. Anda tidak dapat melihatnya dalam carta.

Untuk melihat carta harga, log masuk ke myAlpari – "Akaun dagangan" – "Akaun dagangan saya" – "Ringkasan akaun". Pilih tab "Log tick" dan rangka masa yang diinginkan.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas