JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Mengapakah broker menutup kedudukan tanpa pengetahuan saya?

Sebarang dagangan yang dilakukan boleh memberikan sama ada keuntungan atau kerugian. Berdasarkan Terma perniagaan untuk akaun STANDARD dan NANO, Terma perniagaan untuk akaun ECN, dan Terma perniagaan untuk akaun PRO.ECN.MT4, Alpari berhak untuk menutup semua atau sebahagian dari dagangan yang merugikan pada harga pasaran semasa sekiranya kadar margin dalam MetaTrader berada dibawah 10%, 20%, atau 60% (berdasarkan jenis akaun).

Anda boleh menggunakan formula berikut untuk mengira kadar margin anda: Margin Level = Equity / Margin × 100%.

Untuk akaun dagangan dalam platform perdagangan MetaTrader 4 dengan beberapa kedudukan yang merugikan, turutan penutupan kedudukan akan dilakukan bermula dengan kedudukan dengan kerugian terapung paling tinggi. Untuk akaun dagangan dalam terminal MetaTrader 5 dengan beberapa kedudukan yang merugikan, turutan penutupan kedudukan akan dilakukan bermula dari kedudukan dengan margin tertinggi.

Contoh 1: Mulakan dengan akaun dagangan untuk terminal MetaTrader 4 dengan butiran seperti berikut:

Mengapa kedudukan merugikan ditutup dengan sendiri?

Dalam contoh ini, ekuiti akaun adalah 4,494.30 USD dan margin adalah sebanyak 345.48 USD, menjadikan kadar margin 1,300.90% (4,494.30 / 345.48 × 100% = 1,300.90%). Apabila kadar ekuiti akaun rendah dari 68.75 USD, kadar margin akan jatuh ke bawah 20% (68.75 / 345.48 × 100% = 19.9%). Dengan itu, broker berhak untuk menutup kedudukan yang merugikan.

Contoh 2: Dagangan dalam akaun kedua untuk terminal MetaTrader 4:

## why broker 2

Dua kedudukan terbuka dalam akaun:

  • BUY 3.0 Lots GBPUSD pada harga 1.62181
  • BUY 7.0 Lots GBPUSD pada harga 1.62300

Dalam contoh ini, margin adalah 3,243.69 USD (maklumat lanjut mengenai keperluan margin).

Sekiranya kerugian terapung dalam akaun mencecah 16,283 USD, ekuiti akan menurun ke bawah 648.74 USD, atau 20% dari margin (3,243.69 × 20% = 648.74). Dengan itu, broker berhak untuk mula menutup kedudukan yang merugikan. Pesanan untuk 7.0 lot akan ditutup terlebih dahulu, kerana pesanan tersebut mempunyai kadar kerugian terapung paling tinggi.

Contoh 3: Dagangan dalam akaun ketiga untuk terminal MetaTrader 5 dengan butiran dagangan seperti berikut:

Dalam contoh ini, ekuiti akaun adalah sebanyak 2,765.03 USD dengan margin sebanyak 1,668.87 USD. Leverage dalam akaun adalah sebanyak 1:500. Sekiranya kadar margin menurun sehingga 60%, maka kedudukan pertama yang akan ditutup adalah kedudukan dengan margin tertinggi, iaitu pasangan mata wang EURUSD: (5 × 100,000 / 500 = 1,000 EUR = 1,000 × 1.16887 = 1,168.87 USD)1. Dalam kes ini, sekiranya penutupan kedudukan tersebut tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kadar margin, maka kedudukan alatan USDRUB pula akan ditutup: (0.30 × 100,000 / 100 = 300 USD). Kedudukan terakhir dalam turutan yang akan ditutup adalah alatan USDCAD: (1 × 100,000 / 500 = 200 USD).

Sila ambil perhatian:

  1.  Sekiranya terdapat lebih dari satu kedudukan dengan margin yang sama, maka turutan penutupan kedudukan akan ditentukan oleh masa pembukaan kedudukan.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas