JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Mengapa pesanan tergantung saya tidak tercetus? Tahap Low berada di 2 pip bawah tahap pesanan.

Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat cara bar terbentuk dalam platform perdagangan MetaTrader:

  • High — harga Bid maksimum untuk satu tempoh.
  • Low — harga Bid minimum untuk satu tempoh.

Dari itu, harga minimum Ask adalah bersamaan dengan hasil tambah Low dan spread, manakala harga maksimum Ask adalah bersamaan dengan hasil tambah High dan spread.

  • Pesanan Stop Loss dan Take Profit untuk kedudukan Buy akan tercetus apabila harga Bid mencecah harga pesanan.
  • Pesanan Stop Loss dan Take Profit untuk kedudukan Sell akan tercetus apabila harga Ask mencecah harga pesanan.
  • Pesanan tergantung Buy Limit dan Buy Stop akan tercetus apabila harga Ask mencecah harga pesanan.
  • Pesanan tergantung Sell Limit dan Sell Stop akan tercetus apabila harga Bid mencecah harga pesanan.

Mengapa pesanan tergantung saya tidak tercetus? Andaikan bahawa anda membuka kedudukan dengan menjual EURUSD pada harga 1.2250, dan menetapkan Stop Loss pada kadar 1.2340 dan Take Profit pada 1.2190. Spread untuk alatan EURUSD adalah sebanyak 2 pip.

Kedudukan dari penjualan ditutup dengan pembelian, dan pembelian dijalankan mengikut harga Ask, maka dengan itu, untuk pesanan Stop Loss tercetus, harga Bid minimum perlu bersamaan dengan 1.2338 + saiz spread (dalam contoh ini adalah 2 pip). High dalam graf adalah bersamaan dengan Bid maksimum, dan sehubungan itu, sekiranya High dalam graf adalah bersamaan atau melebihi 1.2338, maka pesanan Stop Loss akan tercetus.

Bagaimana pula untuk Take Profit? >Kedudukan dari penjualan ditutup dengan pembelian dan dijalankan mengikut harga Ask. Untuk pesanan Take Profit tercetus, harga Bid minimum perlu bersamaan dengan 1.2188 (1.2190 ditolak dengan saiz spread sebanyak 2). Pada saat ini, harga Ask minimum adalah sebanyak 1.2190 (Bid minimum + spread). Harga Low dalam graf adalah harga Bid minimum. Dalam kata lain, Take Profit hanya akan tercetus sekiranya harga Low dalam graf mencecah sekurang-kurangnya 1.2188 (harga pesanan ditolak spread).

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas