JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bolehkah saya membiarkan kedudukan terbuka semalaman?

Pembawaan kedudukan terbuka ke hari perdagangan seterusnya akan dikenakan caj, sama ada positif, atau negatif, berdasarkan perbezaan kadar faedah kedua-dua mata wang dalam pasangan. Jumlah, sama ada yang anda perlu bayar atau anda akan dibayar, dinamakan caj "Storage", dan bergantung kepada pelbagai faktor:

  • Kadar faedah semasa untuk negara berbeza
  • Pergerakan harga pasangan mata wang
  • Keadaan pasaran forward
  • Jangkaan dealer
  • Kadar swap counteragent broker

Teori asas pengiraan swap dalam pasaran Forex.

Andaikan bahawa kadar faedah di Eropah adalah sebanyak 4.25%, manakala di Amerika — 3.5%. Sebagai contoh, anda memegang kedudukan short terbuka (penjualan) untuk EURUSD sebanyak 1 lot. Dalam kata lain, anda menjual 100,000 EUR, dengan meminjam pada kadar sebanyak 4.25%. Dengan menjual EURUSD, anda membeli dolar AS dengan faedah pada kadar 3.5%. Apabila kadar faedah negara mata wang yang anda beli lebih tinggi dari kadar faedah negara mata wang yang anda jual, caj simpanan akan ditambah dalam akaun dagangan anda (sila ambil perhatian bahawa broker mungkin akan mengenakan caj atau "markup" untuk swap semalaman). Sekiranya kadar faedah negara mata wang yang anda jual lebih tinggi, seperti dalam kes ini (4.23 > 3.5), caj simpanan akan ditolak dari akaun anda.

Andaikan pula bahawa broker mengenakan caj tambahan sebanyak 0.25% untuk swap. Ditambah dengan 0.75% dari perbezaan kedua-dua kadar faedah, akan berjumlah 1.00%. Untuk kedudukan seperti yang dinyatakan diatas, anda akan dikenakan caj simpanan bersamaan dengan kadar faedah sebanyak 1.00%.

Pengiraan swap untuk kedudukan short: Dalam kedudukan ini, kita membeli USD dan menjual EUR. Disebabkan kadar faedah mata wang yang dijual (EUR: 4.25%) adalah lebih tinggi dari mata wang yang dibeli (USD: 3.5%), kita perlu menambah Markup dalam formula:

SWAP = (Contract × (InterestRateDifferential + Markup) / 100) × Рrice / DaysPerYear

  • Contract: 100,000 EUR (1 lot)
  • Рrice: 1.3500 (kadar pasaran semasa pasangan mata wang EURUSD)
  • InterestRateDifferential: 0.75% (perbezaan kadar faedah di Eropah dan AS)
  • Markup: 0.25% (komisyen broker)
  • DaysPerYear: 365 (bilangan hari dalam setahun)

Pengiraan:

  1. SWAP = (100,000 × (0.75 + 0.25) / 100) × 1.3500 / 365 = 3.70 USD

Apabila kedudukan short untuk EURUSD dibawa sehingga keesokan hari, 3.70 USD akan ditolak dari akaun dagangan anda sebagai caj simpanan.

Pengiraan swap untuk kedudukan long: Kedudukan long dalam EURUSD adalah pembelian EUR dan penjualan USD. Disebabkan kadar faedah mata wang yang dibeli (EUR: 4.25%) adalah lebih tinggi dari mata wang yang dijual (USD: 3.5%), kita perlu menolak Markup dalam formula:

SWAP = (Contract × (InterestRateDifferential - Markup) / 100) × Рrice / DaysPerYear

  1. SWAP = (100,000 × (0.75 - 0.25) / 100) × 1.3500 / 365 = 1.85 USD

Apabila kedudukan long untuk EURUSD dibawa ke keesokan hari, 1.85 USD akan dikreditkan ke akaun dagangan anda.

Sila ambil perhatian: Apabila perbezaan kadar faedah lebih kecil dari komisyen broker, anda akan dikenakan caj simpanan untuk kedua-dua pesanan Buy dan Sell.

Pengiraan swap untuk CFD indeks saham: Dalam contoh ini, pengiraan dijalankan untuk menentukan swap memegang kedudukan short semalaman untuk indeks ASX200.

Formula pengiraan: SWAP = ((InterestRateDifferential / 100) / 360) × ClosePrice × Lots × Contract, dimana:

  • InterestRateDifferential — -3 (swap untuk kedudukan Short dan Long dipaparkan secara berasingan dalam spesifikasi kontrak di laman web kami)
  • ClosePrice — 5815.5 (harga penutupan pesanan)
  • Lots — 0.5 (saiz pesanan)
  • Contract — 10 (saiz 1 lot )

Pengiraan:

SWAP Short = -3 / 100 / 360 × 5815.5 × 0.5 × 10 = -2.42 AUD.

Pengiraan swap untuk CFD komoditi:. Dalam contoh ini, pengiraan dijalankan untuk menentukan swap memegang kedudukan short semalaman untuk alatan CFD kontrak niaga hadapan komoditi.

Formula pengiraan: SWAP = Titik swap × Lots × PipValue, dimana:

  • Titik swap — swap yang dinyatakan secara berasingan untuk kedudukan Short dan Long dalam spesifikasi kontrak dalam laman web kami
  • Lots — jumlah pesanan terbuka
  • PipValue — -1 (jumlah 1 titik dalam USD)

Contoh pengiraan swap untuk kedudukan short CFD untuk alatan NG:

SWAP Short = (-0.260) × 1 × 10 = -2.60 USD.

Kadar swap untuk logam boleh dikira seperti mana pengiraan swap untuk pasangan mata wang dilakukan.

Titik swap untuk alatan perdagangan yang berbeza boleh dibaca dalam spesifikasi kontrak (Swap Short dan Swap Long). Anda juga boleh mengira caj swap untuk kedudukan long dan short menggunakan "Kalkulator pedagang".

Perhatian:

Dalam pasaran Forex, apabila kedudukan dibiarkan terbuka ke keesokan hari dari hari rabu ke khamis, caj simpanan adalah tiga kali ganda. Hal ini kerana swap melibatkan penukaran tarikh kontrak aset asas. Untuk kedudukan yang dibuka pada hari rabu, tarikh kedudukan adalah pada hari jumaat. Apabila kedudukan terbuka dibawa dari hari rabu ke khamis, tarikh kedudukan berubah sebanyak 3 hari ke hari isnin (melompat hari minggu). Caj simpanan adalah tiga kali ganda kerana anda sama ada dikredit atau didebit untuk 3 hari.

Caj simpanan tiga kali ganda turut sama dikenakan untuk pembawaan kedudukan terbuka CFD kontrak niaga hadapan komoditi.

Sila ambil perhatian:

Kadar swap boleh berubah-ubah. Kadar dikemas kini setiap hari pada 21:00 EET dan boleh dibaca dalam halaman "Spesifikasi kontrak".

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas