JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah risiko berdagang dalam tempoh kecairan (liquidity) rendah?

Kecairan — istilah yang digunakan untuk menerangkan betapa laju sebarang aset boleh dijual atau dibeli, yang bergantung kepada jumlah dagangan dan bilangan peserta pasaran. Dengan ketiadaan permintaan dari peserta pasaran (pembeli dan penjual), kecairan disebut sebagai rendah, mempengaruhi pelaksanaan pesanan secara negatif kerana seringkali melibatkan spread yang tinggi. Kecairan rendah boleh berlaku dalam situasi berikut:

  1. 1 Semasa terbitan berita makroekonomi. Berita jenis ini yang dikatakan paling berpengaruh adalah yang melibatkan: peubahan kadar faedah bank pusat; maklumat mengenai kadar inflasi; indeks aktivit perniagaan; kadar keluaran dalam negara kasar; dan pengumuman dari bank pusat England, Jepun, Switzerland, dan Fed AS.
  2. 2 Semasa tempoh rollover (23:55 - 00:05 EET) apabila bank utama dan sistem ECN menghentikan bekalan sebutan harga dan mengambil rehat sementara, sekaligus memadam pesanan permintaan mereka dari dalam sistem.
  3. 3 Sebelum dan semasa tempoh kekurangan aktiviti perdagangan untuk sesetengah aset dalam sesi perdagangan tertentu. Hal ini berkaitan dengan pelbagai tingkah laku pasaran dalam sesi perdagangan mata wang berbeza. Sebagai contoh, yen paling aktif diperdagang dalam sesi Asia, manakala euro pula dalam sesi Eropah, dan sebagainya.
  4. 4 Pada ketika pembukaan pasaran hari isnin dan penutupan pada hari jumaat, apabila bilangan peserta pasaran berkurangan.

Perdagangan dalam salah satu tempoh atau peristiwa yang dinyatakan diatas boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini dan juga hasil perdagangan yang negatif. Disebabkan pesanan tergantung dan IF Done dilaksanakan pada harga yang dinyatakan atau harga yang tersedia dalam pasaran, pesanan mungkin dilaksanakan dengan slippage sekiranya harga berubah pada saat pelaksanaan pesanan.

Dalam sesetengan kes, sebutan harga bukan pasaran mungkin akan berlaku dalam tempoh kecairan rendah.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas