JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara merendahkan leverage?

Leverage boleh diubah dalam myAlpari pada ringkasan akaun yang diinginkan dari ruangan "Akaun dagangan saya".

Contoh: Andaikan bahawa anda mempunyai 10,000 USD dalam akaun anda.

Dengan leverage sebanyak 1:100, anda memerlukan 1,000 USD untuk membuka kedudukan sebesar 1 lot (10% dari jumlah dana anda). Stop Out akan tercetus sekiranya kerugian anda mencecah 9,800 USD. Untuk pasangan EURUSD, nilai ini adalah perbezaan melebihi 980 titik pip.

Sekiranya leverage sebanyak 1:33, anda memerlukan 3,030 USD untuk membuka kedudukan sebesar 1 lot (30.3% dari jumlah dana anda). Stop Out akan tercetus sekiranya kerugian anda mencecah 9,400 USD. Untuk pasangan EURUSD, nilai ini adalah perbezaan melebihi 940 titik pip.

Perhatian:

Seperti yang dapat dilihat, leverage yang lebih rendah akan menyebabkan keperluan margin lebih ketat. Sekiranya anda hanya ingin merendahkan leverage kerana ingin mengurangkan risiko, kami lebih menyarankan anda untuk menumpukan perhatian kepada kaedah pengurusan risiko.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas