JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara pengiraan statistik akaun yang di denominasi dalam GLD?

Semua parameter utama akaun dalam GLD (baki, ekuiti, margin dan margin bebas), dan juga maklumat operasi dagangan (untung/rugi, caj swap, komisyen) akan dikira sebagai 0.001 dari kadar logam emas ke dolar AS (XAUUSD). Untuk deposit dan pengeluaran, pertukaran akan dijalankan berdasarkan kadar semasa di Alpari, yang dikemas kini setiap hari dalam myAlpari.

Contoh: Pengiraan keperluan margin dalam GLD

Maklumat pengiraan:

  • Alatan perdagangan:EURUSD
  • Mata wang asas: EUR
  • Mata wang sebut harga: GLD
  • Jumlah transaksi: 100,000 EUR (1 lot)
  • Leverage: 1:500
  • Kadar EURUSD ketika membuka kedudukan: 1.30815
  • Kadar XAUUSD ketika membuka kedudukan: 1697.48

Perhatian:

Apabila mengira keperluan margin dalam GLD, 1 unit GLD adalah bersamaan dengan 0.001 dari kadar logam emas.

Pengiraan:

Keperluan margin adalah sebanyak 200 EUR atau 200 × 1.30815 = 261.63 USD.

Nilai ini ditukar ke mata wang GLD.1 GLD = 0.001 dari kadar logam emas XAUUSD, maka 0.001 × 1697.48 = 1.69748, dan 261.63 / 1.69748 = 154.13 GLD, maka margin yang diperlukan untuk membuka kedudukan adalah 154.13 GLD.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas