JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apa it "GLD"? Bagaimanakah cara memasukkan deposit "GLD"?

Selain dari akaun yang didenominasi dalam EUR dan USD, Alpari juga menawarkan akaun dalam GLD, mata wang yang berkaitan dengan harga emas. Akaun yang didenominasi dalam GLD adalah akaun alternatif untuk akaun logam.

Anda boleh memasukkan deposit ke akaun GLD dalam USD atau EUR menggunakan mana-mana kaedah deposit yang ditawarkan oleh Alpari. Apabila dana dikreditkan ke akaun, ia akan ditukarkan ke GLD berdasarkan kadar pertukaran semasa.

Untuk membuka akaun dalam GLD, hanya pilih "GLD" sebagai denominasi dalam borang pembukaan akaun. Anda boleh membuka akaun dalam myAlpari untuk akaun GLD seperti mana anda membuka akaun lain.

Contoh: Cara GLD ditukar dari mata wang lain.

Andaikan bahawa anda membuka akaun dengan denominasi GLD dan memasukkan deposit sebanyak 1,000 USD. Dana anda akan ditukar berdasarkan kadar pertukaran semasa USD ke GLD dalam myAlpari.

Pada saat deposit dana, kadar pertukaran adalah 1 GLD = 1.33 USD. Deposit anda sebanyak 1,000 USD akan ditukar ke 751.88 GLD (1,000 / 1.33).

Apabila anda memulakan perdagangan, baki akaun anda adalah 751.88 GLD. Anda boleh melakukan dagangan untuk semua alatan berdenominasi USD atau EUR yang tersedia dalam akaun (termasuk alatan emas XAUUSD).

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas