JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara mengira nilai satu pip?

Nilai satu pip boleh dikira menggunakan formula berikut: OnePointValue = (Contract × (Price + OnePoint) ) - (Contract × Price)

  • OnePointValue: nilai satu pip dinyatakan dalam mata wang sebut harga
  • Kontrak: nilai kontrak dalam mata wang asas
  • Price: harga pasangan mata wang
  • OnePoint: perubahan harga minimum untuk alatan perdagangan (satu pip)
  • Mata wang sebut harga: mata wang kedua dalam sebut harga pasangan mata wang, contoh:
    • EURUSD — mata wang sebut harga adalah USD
    • GBPCHF — mata wang sebut harga adalah CHF
    • EURGBP — mata wang sebut harga adalah GBP

Contoh: Pengiraan nilai satu pip pasangan mata wang GBPCHF dalam USD.

  • Saiz lot: 1.43
  • Alatan perdagangan: GBPCHF
  • Kadar GBPCHF: 2.3533
  • Contract: 143,000 GBP
  • Kadar USDCHF: 1.1659 (sebut harga ini dperlukan untuk mengira nilai satu pip dalam USD)

Pengiraan:

  1. OnePointValue = (143,000 × (2.3533 + 0.0001) ) - (143,000 × 2.3533) = 336536.2 – 336521.9 = 14.3 CHF
  2. Untuk menukar nilai satu pip ke mata wang dolar (USD), kedudukan alatan USD dalam sebut harga memainkan peranan. Sekiranya USD merupakan mata wang sebut harga dalam sebut harga yang digunakan, nilai satu pip perlu didarab dengan kadar pertukaran. Sebaliknya, seperti dalam contoh ini, kadar pertukaran yang digunakan adalah USDCHF, dalam mana USD merupakan mata wang asas (mata wang pertama). Dengan itu, nilai pip perlu dibahagikan dengan kadar pertukaran:

    OnePointValue = 14.3 CHF / 1.1659 = 12.27 USD

  3. Dalam contoh ini, nilai satu pip pasangan GBPCHF adalah bersamaan dengan 12.27 USD.

Nilai satu pip untuk logam berharga adalah tetap dan boleh dibaca dalam halaman "Spesifikasi kontrak". Nilai satu pip untuk pasangan mata wang lain boleh dikira menggunakan formula seperti mana dalam contoh di atas.

Perhatian:

  • Pengiraan nilai satu pip lebih mudah dengan menggunakan "Kalkulator pedagang" kami.
  • OnePoint untuk alatan Forex dengan 5 titik perpuluhan (0.00001) adalah bersamaan dengan perubahan minimum pada titik perpuluhan keempat (0.0001), manakala untuk alatan Forex dengan 3 titik perpuluhan (0.001), OnePoint adalah bersamaan dengan perubahan minimum pada titik perpuluhan kedua (0.01).

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas