JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara mengira margin untuk leverage terapung?

Margin dalam mata wang asas untuk pasangan mata wang dikira menggunakan formula berikut:

Margin = V (lot) × Contract / Leverage, dimana:

  1. Margin — deposit yang diperlukan untuk membuka kedudukan.
  2. V (lot) — jumlah kedudukan yang ingin dibuka dalam lot.
  3. Contract — saiz kontrak, dinyatakan dalam unit mata wang asas. Satu lot adalah bersamaan dengan 100,000 unit mata wang asas. Sehubungan dengan itu, 0.1 lot = 0.1× 100,000 = 10,000 unit mata wang asas, manakala 0.01 lot = 0.01 × 100,000 = 1,000 unit mata wang asas.
  4. Leverage — nisbah antara dana sendiri dan dana pinjaman yang digunakan untuk membuka kedudukan:
    • Untuk leverage sebanyak 1:1000, masukkan “1000” dalam formula
    • Untuk leverage sebanyak 1:500, masukkan “500” dalam formula

Mata wang asas — mata wang pertama dalam pasangan mata wang, sebagai contoh:

  • EURUSD — mata wang asas adalah EUR
  • USDJPY — mata wang asas adalah USD
  • GBPJPY — mata wang asas adalah GBP

Selepas mengira margin dalam mata wang asas, anda perlu menukar nilai ini ke mata wang dalam mana akaun anda didenominasi (berdasarkan kadar pertukaran semasa ketika kedudukan dibuka) — sama ada dalam USD atau EUR.

Contoh 1. Pengiraan margin untuk pasangan mata wang.

Maklumat pengiraan:

  • Alatan perdagangan (pasangan mata wang) — EURUSD
  • Mata wang asas — EUR
  • Jumlah (V, lot) — 0.1
  • Contract — 100,000 EUR
  • Leverage — 1:100
  • Kadar pertukaran EURUSD ketika pembukaan kedudukan — 1.35400
  • Mata wang denominasi akaun — USD
Cara pengiraan dijalankan:
  1. Margin = V (lot) × Contract / Leverage = 0.1 × 100,000 EUR / 100 = 100 EUR.
  2. Nilai ini kemudiannya ditukar ke mata wang denominasi akaun, dalam kes ini USD. Apabila melakukan pertukaran, sekiranya mata wang akaun anda adalah mata wang asas dalam pasangan mata wang dari kadar pertukaran yang digunakan, anda perlu membahagikan margin dengan kadar pertukaran, manakala sekiranya mata wang akaun anda adalah mata wang sebut harga dalam pasangan mata wang dari kadar pertukaran yang digunakan, anda perlu mendarab margin dengan kadar pertukaran: Margin = 100 EUR × 1.35400 = 135.40 USD.
  3. 135.40 USD diperlukan untuk membuka kedudukan.

Contoh 2. Pengiraan margin untuk pasangan mata wang cross.

Maklumat pengiraan:

  • Alatan perdagangan (pasangan mata wang) — AUDCAD
  • Mata wang asas — AUD
  • Jumlah (V, lot) — 0.1
  • Contract — 100,000 AUD
  • Leverage — 1:100
  • Kadar pertukaran AUDCAD ketika pembukaan kedudukan — 0.99484
  • Kadar pertukaran AUDUSD ketika pembukaan kedudukan — 0.78373
  • Mata wang denominasi akaun — USD
Cara pengiraan dijalankan:
  1. Margin = V (lot) × Contract / Leverage = 0.1 × 100,000 AUD / 100 = 100 AUD.
  2. Nilai ini kemudiannya ditukar ke mata wang denominasi akaun, iaitu USD. Dalam kes ini, kita perlu menggunakan kadar pertukaran AUDUSD semasa ketika pembukaan dibuka: Margin = 100 AUD × 0.78373 = 78.373 USD.
  3. 78.373 USD diperlukan untuk membuka kedudukan.

Margin untuk logam spot dikira menggunakan formula berikut:

Margin untuk logam spot = V (lot) × Contract × Market Price / Leverage, dimana:

  1. Margin untuk logam spot — deposit yang diperlukan untuk membuka kedudukan.
  2. V (lot) — jumlah dalam lot.
  3. Contract — saiz satu lot.
  4. Leverage — nisbah antara dana sendiri dan dana pinjaman yang digunakan untuk membuka kedudukan.

Contoh. Pengiraan margin untuk logam spot.

Maklumat pengiraan:

  • Alatan perdagangan (logam spot) — XAUUSD
  • Jumlah (V, lot) — 0.1
  • Contract — 100 auns Troy
  • Leverage — 1:500
  • Kadar pertukaran XAUUSD ketika pembukaan kedudukan (Market Price) — 1,332.442
  • Mata wang denominasi akaun — USD
Cara pengiraan dijalankan:
  1. Margin = V (lot) × Contract × Market Price / Leverage = 0.1 × 100 × 1332.442 / 500 = 26.648 USD.
  2. 26.648 USD diperlukan untuk membuka kedudukan.

Margin untuk CFD komoditi dan indeks saham dikira menggunakan formula berikut:

CFD Margin = V (lot) × Contract × Market Price / Leverage, dimana:

  1. CFD Margin — deposit yang diperlukan untuk membuka kedudukan.
  2. V (lot) — jumlah dalam lot.
  3. Contract — saiz satu lot (jumlah alatan perdagangan dalam kedudukan).
  4. Leverage — nisbah antara dana sendiri dan dana pinjaman yang digunakan untuk membuka kedudukan.

Contoh. Pengiraan margin untuk CFD komoditi dan indeks saham.

Maklumat pengiraan:

  • Alatan perdagangan (indeks) — SPX500
  • Jumlah (V, lot) — 0.1
  • Contract — 100 USD
  • Leverage — 1:50
  • Kadar pertukaran SPX500 ketika pembukaan kedudukan (Market Price) — 2,804.5
  • Mata wang denominasi akaun — USD
Cara pengiraan dijalankan:
  1. Margin = V (lot) × Contract × Market Price / Leverage = 0.1 × 100 × 2804.5 / 50 = 560.90 USD.
  2. 560.90 USD diperlukan untuk membuka kedudukan.

Perhatian:

  • "Kalkulator pedagang" kami memudahkan pengiraan keperluan margin. Hanya masukkan maklumat kedudukan dan klik "Lakukan pengiraan".
  • Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan akaun kami menggunakan leverage terapung.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas