JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara mengira untung dan rugi kedudukan?

Untung/rugi dikira menggunakan formula berikut:

  • Untuk kedudukan Buy : Profit/Loss = (Contract × ClosePrice) - (Contract × OpenPrice)
  • Untuk kedudukan Sell: Profit/Loss = (Contract × OpenPrice) - (Contract × ClosePrice)
    • Profit/Loss untung/rugi kedudukan yang dinyatakan dalam mata wang sebut harga
    • Contract: saiz kontrak yang dinyatakan dalam mata wang asas
    • ClosePrice: kadar harga ketika penutupan dagangan
    • OpenPrice: kadar harga ketika pembukaan dagangan
Contoh: Pengiraan untung/rugi untuk kedudukan pada alatan EURGBP dalam USD.

Maklumat pengiraan:

  • Saiz kontrak (dalam lot): 0.19 lot
  • Alatan perdagangan: EURGBP
  • OpenPrice EURGBP: 0.6983
  • ClosePrice EURGBP: 0.6883 (0.6983 - 0.6883 = 0.0100 = 100 pip)
  • Saiz kontrak (dalam EUR): 19,000 EUR
  • Kadar pertukaran GBPUSD: 2.0256 (untuk menukar untung/rugi dari GBP ke USD)

Pengiraan:

  1. Profit/Loss = (19,000 × 0.6983) - (19,000 × 0.6883) = 13267.7 – 13077.7 = 190 GBP.
  2. Kini, nilai ini ditukar ke USD. Nilai untung/rugi sama ada dibahagikan dengan kadar pertukaran sekiranya USD merupakan mata wang asas (mata wang pertama) dalam pasangan mata wang yang digunakan, atau didarab sekiranya sebaliknya: 190 GBP × 2.0256 = 384.86 USD.

Nilai untung/rugi untuk kedudukan EURGBP dalam mata wang USD adalah 384.86 USD.

Anda boleh mengira untung/rugi kedudukan dalam mata wang lain dan untuk logam berharga seperti mana yang ditunjukkan dalam contoh diatas.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas