Bagaimanakah cara mengira margin menggunakan leverage terapung berdasarkan jumlah nilai nosional (notional value) kedudukan terbuka?

Mari lihat caranya:

  1. Mula-mula, kita akan membuka Kedudukan #1: Beli 5 lot GBPUSD pada harga 1.27422.
  • Nilai nosional bagi kedudukan ini ialah USD 637,110 (5 × 100,000 × 1.27422 = 637,110). Oleh sebab nilai nosional kurang daripada USD 700,000, leveraj 1:1,000 akan digunakan.
  • Margin yang Diperlukan: 637,110 / 1,000 = USD 637.11
  1. Seterusnya, kita akan membuka Kedudukan #2: Beli 15 lot EURUSD pada harga 1.11479.

Nilai nosional bagi kedudukan ini ialah USD 1,672,185 (15 × 100,000 × 1.11479 = 1,672,185).

Jumlah Nilai Nosional bagi Kedudukan #1 dan #2:

  • 637,110 (untuk Kedudukan #1) + 1,672,185 (untuk Kedudukan #2) = USD 2,309,295
  • Jumlah nilai nosional bagi kedudukan ini lebih besar daripada USD 2,000,000, tetapi kurang daripada USD 7,000,000. Leveraj 1:1,000 akan digunakan pada USD 700,000 yang pertama; leveraj 1:500 pada USD 1,300,000 yang seterusnya; leveraj 1:200 pada yang selebihnya.
  • Margin yang Diperlukan: 700,000 / 1,000 + 1,300,000 / 500 + 309,295 / 200 = USD 4,846.48
  1. Seterusnya, kita akan membuka Kedudukan #3: Beli 40 lot GBPUSD pada harga 1.27440.

Nilai nosional bagi kedudukan ini ialah USD 5,097,600 (40 × 100,000 × 1.27440 = 5,097,600).

Jumlah Nilai Nosional bagi Kedudukan #1, #2 dan #3:

  • 637,110 (untuk Kedudukan #1) + 1,672,185 (untuk Kedudukan #2) + 5,097,600 (untuk Kedudukan #3) = USD 7,406,895
  • Jumlah nilai nosional bagi kedudukan ini sekarang lebih besar daripada USD 7,000,000, tetapi kurang daripada USD 15,000,000. Leveraj 1:1,000 akan digunakan pada USD 700,000 yang pertama; leveraj 1:500 pada USD 1,300,000 yang seterusnya; leveraj 1:200 pada USD 5,000,000 yang seterusnya, 1:100 pada yang selebihnya.
  • Margin yang Diperlukan: 700,000 / 1,000 + 1,300,000 / 500 + 5,000,000 / 200 + 406,895 / 100 = USD 32,368.95
  1. Seterusnya, kita akan membuka Kedudukan #4: Beli 70 lot EURUSD pada harga 1.11514.

Nilai nosional bagi kedudukan ini ialah USD 7,805,980 (70 × 100,000 × 1.11514 = 7,805,980).

Jumlah Nilai Nosional bagi Kedudukan #1, #2, #3 dan #4:

  • 637,110 (untuk Kedudukan #1) + 1,672,185 (untuk Kedudukan #2) + 5,097,600 (untuk Kedudukan #3) + 7,805,980 (untuk Kedudukan #4) = USD 15,212,875
  • Jumlah nilai nosional bagi kedudukan ini sekarang lebih besar daripada USD 15,000,000. Leveraj 1:1,000 akan digunakan pada USD 700,000 yang pertama; leveraj 1:500 pada USD 1,300,000 yang seterusnya; leveraj 1:200 pada USD 5,000,000 yang selanjutnya, leveraj 1:100 pada USD 8,000,000 yang seterusnya; leveraj 1:25 pada yang selebihnya.
  • Margin yang Diperlukan: 700,000 / 1,000 + 1,300,000 / 500 + 5,000,000 / 200 + 8,000,000 / 100 + 212,875 / 25 = USD 116,815
  1. Seterusnya, kita akan menutup Kedudukan #2: Beli 15 lot EURUSD pada harga 1.11479.

Nilai nosional bagi kedudukan ini ialah USD 1,672,185.

Jumlah Nilai Nosional bagi Kedudukan Selebihnya (#1, #3 dan #4):

  • 637,110 (untuk Kedudukan #1) + 5,097,600 (untuk Kedudukan #3) + 7,805,980 (untuk Kedudukan #4) = USD 13,540,690
  • Selepas Kedudukan #2 ditutup, nilai nosional bagi kedudukan selebihnya menurun kepada USD 13,540,690. Oleh sebab nilai nosional sekarang ini kurang daripada USD 15,000,000, leveraj 1:25 tidak akan digunakan lagi. Dengan penurunan nilai nosional, jumlah margin yang diperlukan juga akan menurun.
  • Margin yang Diperlukan: 700,000 / 1,000 + 1,300,000 / 500 + 5,000,000 / 200 + 6,540,690 / 100 = USD 93,706.90

Perhatian:

Julat nilai nosional yang digunakan pada tahap leveraj yang berlainan adalah berbeza-beza mengikut kumpulan instrumen (FX Utama, FX Minor, FX Eksotik, FX RUB, Logam Lani dan FX Khas). Keperluan individu mungkin juga digunakan pada instrumen yang tertentu. Nilai nosional bagi kedudukan terbuka pada akaun anda dikira secara berasingan untuk setiap kumpulan instrumen dagangan. Membuka atau menutup kedudukan pada instrumen dalam satu kumpulan tidak akan memberikan kesan pada jumlah leveraj yang digunakan pada kedudukan dalam kumpulan instrumen yang lain. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang leveraj yang ditawarkan untuk kumpulan instrumen yang berbeza di halaman "Keperluan Margin".

Jika kedudukan dibuka, ditutup atau diubah suai, atau jika terdapat sebarang operasi bukan dagangan pada akaun standard.mt4, standard.mt5, pamm.standard.mt4 atau pamm.standard.mt5 dalam masa sejam sebelum sesi dagangan ditutup pada hari Jumaat, leveraj bagi semua kedudukan yang terbuka dan baru pada pasangan mata wang dan logam akan ditetapkan pada 1:100 untuk tempoh masa selebihnya sesi tersebut (kecuali untuk kedudukan yang menggunakan leveraj 1:1-1:100. Sebelum sesi dagangan seterusnya dibuka, leveraj bagi kedudukan ini akan ditetapkan semula berdasarkan volum dagangan atau ditetapkan oleh anda di myAlpari.

Leveraj tetap 1: 500 ditetapkan untuk akaun nano.mt4 yang mungkin berbeza-beza jika kedudukan dibuka, ditutup atau diubah suai, atau terdapat sebarang operasi bukan dagangan dalam masa sejam sebelum sesi dagangan ditutup pada hari Jumaat, yang mana leveraj bagi semua kedudukan yang terbuka dan baru pada pasangan mata wang dan logam akan ditetapkan pada 1:100 untuk tempoh masa selebihnya sesi tersebut (kecuali untuk kedudukan yang menggunakan leveraj 1:1-1:100).

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.