• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

Bagaimanakah caranya untuk menghubungkan VPS hosting dalam MetaTrader?

  1. Untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, anda perlu membuka akaun dalam laman web MQL5.com.
  1. Dalam terminal perdagangan, masuk ke tab "Tools" – "Setting" – "Community" dan masukkan maklumat log masuk dan kata laluan anda dari akaun MQL5.com.

  1. Hubungkan ke akaun dagangan dalam MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Dalam tetingkap "Navigator", klik kanan pada akaun dagangan anda dan pilih "Select Virtual Server".

  1. Buka "Virtual Hosting Wizard". Ambil perhatian kepada ping server yang ditawarkan, pilih kadar tarif yang diinginkan dan klik "Next".

  1. Dalam tetingkap "Virtual Hosting Wizard", tandakan pada titik "I agree to the virtual hosting service rules", selepas membaca peraturan dengan teliti.
    Sekiranya perlu, tandakan pada pilihan "Automatically renew subsription with sufficient funds and terminal activity". Dalam tetingkap yang sama, pilih kaedah pembayaran paling mudah, dan klik "Next".

  1. Selepas pembayaran dilengkapkan, tetingkap akan muncul, menyatakan bahawa anda berjaya melanggan dengan virtual hosting untuk akaun dagangan anda. Kini, anda hanya perlu memilih pilihan maklumat untuk diterima dan klik "Done".

  1. Sila ambil perhatian bahawa akaun dagangan anda kini terhubung dengan VPS hosting.
    Untuk menghidupkan/mematikan hosting, menyegerakkan maklumat, dan pemantauan akaun dagangan, klik kanan pada hosting dan pilih bahagian "Details".

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.