JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Mengapakah saya menerima notis "Trade is disabled" semasa menambah atau menukar pesanan dalam MetaTrader?

Berikut merupakan beberapa sebab ia terjadi:

  • Perdagangan ditutup sehubungan dengan hari minggu atau hari cuti nasional dan antarabangsa yang mengubah jadual perdagangan alatan tertentu. Untuk melihat jadual perdagangan alatan yang diingini, pergi ke halaman "Spesifikasi kontrak", dan pilih kumpulan alatan yang diperlukan. Jadual memaparkan waktu pembukaan dan waktu penutupan sesi perdagangan alatan tersebut.
  • Perdagangan ditutup berikutan dengan force majeure. Maklumat lanjut boleh dibaca dalam dokumen peraturan.
  • Laporan dagangan harian atau bulanan sedang disusun. Proses berlangsung pada 23:59:59 EET dan hanya mengambil masa beberapa saat. Perdagangan dihentikan buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang percanggahan.
  • Akaun masih belum diaktifkan. Untuk mengaktifkan akaun, masukkan dana sekurang-kurangnya dengan jumlah deposit minimum yang dinyatakan dalam halaman "Syarat perdagangan".

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas