JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara mengesan alamat IP?

Setiap kali anda log masuk ke sistem, anda perlu memasukkan maklumat log masuk dan kata laluan MT4 dan memilih server. Server Alpari terbukti amat stabil dan jarang sekali rosak.

Sekiranya anda mempunyai masalah ketika menyambung dengan server, kami menyarankan anda untuk menghubungi pihak sokongan teknikal Alpari di nombor +44 8449 869559. Dalam sesetengah kes, masalah sambungan boleh diperbetul secara manual menggunakan arahan rangkaian.

Sekiranya anda menggunakan WIndows dalam komputer anda, sila cuba langkah berikut untuk memulihkan isu sambungan dan mengenal pasti punca masalah:

  • Klik "Start" dan pilih "Run".
  • Anda juga boleh menggunakan shortcut Win+R.
  • Taip "cmd" dan klik "Enter".
  • Masukkan salah satu arahan berikut dalam ruangan yang dipaparkan.

Arahan rangkaian:

Arahan "Tracert" menghantar isyarat, dan kemudian mengesan kembali laluan sehingga masalah penghubungan dengan rangkaian dijumpai. Masukkan arahan "tracert" (tanpa tanda baca ") diikuti dengan satu space dan kemudian alamat IP anda (cth: tracert 217.74.44.23) dan kemudian klik "Enter". Selepas memasukkan arahan ini, jadual akan memaparkan keputusan. Setiap baris dalam jadual menunjukkan titik berbeza dalam laluan isyarat ke destinasi server, bermula dari server masuk.

Arahan "Telnet" membolehkan anda mengenal pasti sekiranya server jauh bleh dihubungkan ke port rangkaian 443. Dalam tetingkap cmd, masukkan "telnet" (tanpa tanda baca "), diikuti dengan satu space dan kemudian alamat IP anda. Sebagai contoh: "telnet 217.74.44.23 443". Klik "Enter". Anda akan melihat sama ada skrin kosong dengan kursor berkelip-kelip, atau mesej berikut: "Connecting 217.74.44.23...Unable to connect this host to the port 443: Connection failed".

Sila ambil perhatian:

Apabila memasukkan arahan rangkaian, gunakan alamat IP yang ingin disemak dari senarai alamat IP server. Sila hubungi pihak sokongan teknikal kami untuk sebarang masalah.

Sekiranya perlu, anda boleh menghantar kepada pihak sokongan teknikal kami hasil dari dari arahan rangkaian dengan membuat salinan dalam dokumen teks. Klik kanan dalam ruangan command prompt, pilih "Select all" dan klik "Enter". Buka mana-mana aplikasi untuk mengedit teks (Notepad, Wordpad, dll) dan lakukan salinan dengan menekan "Ctrl + V".

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas