Kami kini 19 tahun!

Mesej "Tiada sambungan/No Connection" dipaparkan sewaktu menyambung ke server MetaTrader 4/ MetaTrader 5.

Berikut merupakan beberapa sebab:

  • Tidak tersambung ke internet.
  • Anda menggunakan server proxy atau LAN untuk menyambung ke internet dan port 443 disekat.

    Dalam kes ini, anda perlu meminta alamat server proxy dan port yang digunakan untuk menyambung ke internet dari admin sistem. Masukkan maklumat tersebut dalam tetapan MetaTrader.

    • Pergi ke menu "Tools / Alatan" dan pilih "Options / Pilihan" — "Server". Pilih "Enable proxy server / Aktifkan server proksi" dan klik "Proxy... / Proksi..."
    • Masukkan alamat dan port server proxy, diikuti dengan maklumat log masuk dan kata laluan MetaTrader.
    Dalam proses...
    Maklumat tidak dapat ditunjukkan.
  • Program firewall komputer atau peranti antivirus menyekat port 443.

    Dalam kes ini, anda perlu menambah MetaTrader dalam senarai program yang selamat.

  • Anda menggunakan versi MetaTrader yang lama.

    Anda boleh menyemak versi MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 yang digunakan dengan memilih "About / Tentang..." dari menu "Help / Bantuan". Sekiranya anda menggunakan versi MetaTrader yang lama, anda boleh cuba memasukkan salah satu dari alamat IP baru. Sekiranya ini tidak membantu, anda boleh memuat turun versi terkini MT4 atau MT5 dalam myAlpari, dan kemudian memasang versi baru pada versi lama.

    Dalam proses...
    Maklumat tidak dapat ditunjukkan.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Kembali ke atas