JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 dalam Mac OS

Memasang MetaTrader 4 / MetaTrader 5 dalam Mac OS dengan hanya 2 langkah:

  1. Pasang program percuma Wine yang membolehkan program yang direka untuk Windows, seperti MetaTrader 4, untuk digunakan dalam Mac OS.
  2. Pasang MetaTrader dalam Mac OS melalui Wine.

Perhatian: Wine, sepertimana perisian percuma lain, tidak menjamin kestabilan sepenuhnya. Sebahagian fungsi dalam aplikasi yang dilancarkan mungkin tidak berjalan dengan betul.

Untuk membolehkan penggunaan MetaTrader dalam Mac, kami menyarankan anda menggunakan PlayOnMac disamping Wine.

Cara memasang PlayOnMac. Arahan mengikut langkah.

  1. 1Muat turun versi terkini PlayOnMac dari laman web rasmi pada ruangan Downloads.
Muat turun versi terkini PlayOnMac dari ruangan Downloads dalam laman web pembangun program
  1. 2 Selepas memuat turun, lancarkan program dari ruangan Downloads dalam sistem anda:
Pelancaran program PlayOnMac dari ruangan Downloads dalam sistem anda
  1. 3 Tetingkap akan dipaparkan selepas program dilancarkan. Klik "Next" dan program akan mula dipasang, sistem anda akan diimbas untuk menyemak segala komponen yang diperlukan.
Klik
  1. 4 Komponen pertama yang akan dipasang adalah XQuartz. Perisian ini diperlukan untuk mengguna X Window System dalam Mac OS. Sekiranya anda memiliki XQuartz, klik "I've downloaded the file by myself", atau sekiranya anda ingin memasang perisian tersebut kemudian dengan sendiri, klik "Don't install XQuartz for the moment".
Pasang XQuartz untuk menggunakan X Window System dalam Mac
  1. 5 XQuartz dipasang dalam beberapa langkah. Sila pastikan bahawa anda telah membaca maklumat penting dalam fail "Read me" dan bersetuju dengan syarat pelesenan.
Semak fail read me dan bersetuju dengan syart pelesenan
  1. 6 Sebelum pemasangan dijalankan, Mac OS akan meminta pengesahan, masukkan maklumat akaun anda:
Masukkan maklumat akaun
  1. 7 Tunggu sehingga pemasangan selesai dan hidupkan semula komputer anda
Tunggu sehingga pemasangan selesai dan hidupkan semula komputer anda
  1. 8 Selepas menghidupkan semula sistem, lancarkan PlayOnMac. Tetingkap pelancaran pertama akan dipaparkan semula. Program kini akan menawarkan anda untuk memasang fon MS Windows yang diperlukan untuk MetaTrader.
Tetingkap pelancaran akan menawarkan pemasangan fon MS Windows yang diperlukan
  1. 9 Selepas bersetuju dengan perjanjian pelesenan, tunggu sehingga pemasangan dilengkapkan. Selepas tetingkap utama PlayOnMac dipaparkan, program sedia untuk digunakan.
Tetingkap utama PlayOnMac dipaparkan menandakan program sedia untuk digunakan.

Pemasangan MetaTrader 4 / MetaTrader 5 dalam Mac OS. Arahan mengikut langkah.

  1. 1 Untuk memasang MetaTrader 4, muat turun perisian pengedaran dari laman web Alpari.
Muat turun perisian pengedaran dan lancarkan menggunakan PlayOnMac
  1. 2 Pemasangan akan melalui beberapa langkah:
Ikuti segala langkah pemasangan
  1. 3 Apabila pemasangan telah dilengkapkan, PlayOnMac akan menawarkan untuk membuat pintasan ke terminal MetaTrader dan MetaEditor:
Lakukan pintasan ke terminal perdagangan dan MetaEditor menggunakan PlayOnMac
  1. 4 Tahniah! Anda kini boleh menggunakan MetaTrader dalam Mac anda. Hanya klik dua kali pada label dalam tetingkap PlayOnMac.
Klik

Direktori maklumat MetaTrader 4

PlayOnMac membuat pemacu logik maya tersendiri untuk setiap program yang dipasang. Pautan biasa ke folder maklumat terminal adalah:

Library\PlayOnMac\WinePrefix\Client_Terminal_\Drive C\Program Files\Client Terminal

Cara mengemas kini Wine. Arahan mengikut langkah.

  1. 1 Apabila anda memasang PlayOnMac, Wine akan dipasang secara automatik.

    Wine harus dikemas kini ke versi terbaharu secara berkala. Untuk mengemas kini Wine, buka menu atas dalam PlayOnMac dan pilih "Manage Wine Versions".
Buka menu atas dalam PlayOnMac dan pilih
  1. 2 Tetingkap akan dibuka, menunjukkan versi terbaharu untuk dimuat turun. Pilih versi terkini dan tarik ke bahagian kanan dalam tetingkap untuk memulakan pemasangan.
Pilih versi terkini dan tarik ke bahagian kanan dalam tetingkap
  1. 3 Selepas pemasangan dilengkapkan, versi terkini Wine akan dipaparkan pada bahagian kiri dalam tetingkap "PlayOnMac Wine Versions Manager". Anda kini boleh memasang terminal perdagangan MetaTrader 4 dalam Mac.
Versi terkini Wine akan dipaparkan pada bahagian kiri dalam tetingkap

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas