JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu laporan penyata dagangan MT5?

MetaTrader 5 tidak mempunyai dua jenis laporan seperti MetaTrader 4 (biasa dan terperinci). Laporan dagangan MetaTrader 5 adalah seperti laporan terperinci MetaTrader 4.

Komponen asas laporan:

  • Balance — hasil jumlah kewangan dari transaksi dagangan dan bukan dagangan (deposit, pengeluaran) dalam akaun dagangan pada masa laporan dikeluarkan.
  • Credit Facility — dana tersedia dalam akaun.
  • Floating P/L — keuntungan dan kerugian terapung dari semua dagangan terbuka dalam akaun pelanggan pada masa pengeluaran laporan.
  • Equity — kadar ekuiti pada masa pengeluaran laporan (Balance + Credit + Floating profit - Floating loss).
  • Free Margin — dana dalam akaun yang boleh digunakan untuk membuka kedudukan baru pada masa pengeluaran laporan (Free Margin = Equity - Margin).
  • Margin — jumlah dana yang diperlukan untuk memegang kedudukan terbuka pada masa pengeluaran laporan.
  • Margin Level — nisbah antara Equity dan Margin dalam bentuk peratusan.

Maklumat tambahan dalam laporan terperinci:

  • Total Profit — jumlah dagangan yang memberi keuntungan dalam bentuk unit wang.
  • Total Loss — jumlah dagangan yang memberi kerugian dalam bentuk unit wang.
  • Gross Profit — jumlah keuntungan yang diterima dari kedudukan menguntungkan dalam tempoh laporan.
  • Profit Factor — koefisien nisbah antara "Gross Profit" dan "Gross Loss"
  • Expected Payoff — jangkaan keuntungan dari nisbah antara jumlah keuntungan bersih dan bilangan dagangan.
  • Absolute Drawdown — drawdown dari baki awal akaun, menunjukkan pengurangan baki berdasarkan deposit permulaan.
  • Maximal Drawdown — jumlah drawdown paling besar dalam bentuk unit mata wang. Nilai boleh melebihi "Absolute Drawdown" dan boleh menunjukkan kerugian walaupun ketika dalam perdagangan yang menguntungkan.
  • Relative Drawdown — menunjukkan "Maksimum Drawdown" dalam bentuk peratusan berbanding deposit awal.
  • Total Trades — bilangan dagangan yang dilakukan dalam akaun dagangan.
  • Short Positions (Win%) — bilangan kedudukan short yang telah ditutup (peratusan menunjukkan bilangan kedudukan short menguntungkan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Long Positions (Win%) — bilangan kedudukan long yang telah ditutup (peratusan menunjukkan bilangan kedudukan long menguntungkan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Profit Trades (% of Total) — bilangan keseluruhan dagangan menguntungkan (peratusan menunjukkan bilangan dagangan menguntungkan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Loss Trades (% of Total) — bilangan keseluruhan dagangan merugikan (peratusan menunjukkan bilangan dagangan merugikan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Largest Profit Trade — nilai keuntungan terbesar dari satu dagangan.
  • Largest Loss Trade — nilai kerugian terbesar dari satu dagangan.
  • Average Profit Trade — purata keuntungan dagangan.
  • Average Loss Trade — purata kerugian dagangan.
  • Maximum Consecutive Wins ($) — bilangan tertinggi dagangan menguntungkan berturut-turut, dengan paparan jumlah keuntungan yang diperolehi.
  • Maximum Consecutive Losses ($) — bilangan tertinggi dagangan merugikan berturut-turut, dengan paparan jumlah kerugian yang diperolehi.
  • Maximum Consecutive Profit (Count) — jumlah keuntungan tertinggi dari dagangan secara berturut-turut, dengan menunjukkan bilangan dagangan.
  • Maximal Consecutive Loss (Count) — jumlah kerugian tertinggi dari dagangan secara berturut-turut, dengan menunjukkan bilangan dagangan.
  • Average Consecutive Wins — purata dagangan menguntungkan berturut-turut.
  • Average Consecutive Losses — purata dagangan merugikan berturut-turut.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas