JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Mengapakah pesanan ditutup secara automatik apabila saya membuka kedudukan terkunci pada alatan dalam MT5?

Dalam MetaTrader 5, terdapat dua kaedah pengiraan pesanan:

  1. 1 Pengiraan netting pada mana hanya boleh terdapat satu kedudukan terbuka untuk setiap alatan pada masa tertentu:
    • Sekiranya terdapat kedudukan terbuka untuk alatan tersebut, apabila kedudukan tambahan dalam arah yang sama dibuka, saiz kedudukan awal akan ditingkatkan.
    • Apabila kedudukan tambahan dibuka untuk alatan yang sama dalam arah berlawanan, kedudukan awal sama ada akan dikurangkan saiz, ditutup (sekiranya jumlah kedudukan tambahan menyamai kedudukan awal, atau arah kedudukan diubah (sekiranya jumlah kedudukan tambahan melebihi kedudukan awal).
  2. 2 Pengiraan hedging membolehkan pembukaan beberapa kedudukan (termasuk untuk arah berbeza) untuk alatan perdagangan.

Sekiranya akaun dibuka dengan pengiraan netting, pedagang tidak boleh membuka kedudukan terkunci (hedged). Berikutan ini, apabila dagangan dibuka untuk alatan dengan arah berbeza, dagangan sebelumnya akan ditutup. Sekiranya jenis akaun sebegini tidak bersesuaian dengan anda, anda boleh memilih untuk membolehkan perdagangan kedudukan terkunci (hedging) apabila membuka akaun. Pilihan ini hanya tersedia untuk akaun yang dibuka melalui platform MetaTrader 5. Tetapan kaedah pengiraan pesanan biasa untuk MetaTrader 5 adalah untuk kedudukan hedging, tetapi anda boleh memilih untuk mengaktifkan tetapan netting dengan memilih tickbox "Aktifkan tetapan netting dalam akaun?" ketika membuka akaun.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas