JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu laporan penyata dagangan MT4?

Penyata dagangan MetaTrader 4 membolehkan anda menilai prestasi perdagangan keseluruhan anda dan menyemak dagangan secara terperinci. Untuk mengakses laporan dagangan dalam MT4:

  • Pergi ke tab "Sejarah akaun" dalam menu bawah terminal.
  • Klik kanan untuk memaparkan menu drop-down.
  • Pilih "Save as Report / Simpan sebagai laporan".

Anda boleh memilih untuk melakukan laporan dagangan untuk sepanjang tempoh perdagangan anda ("All History"), 3 bulan sebelum ini ("Last 3 Months"), atau bulan sebelum ini ("Last Month") dengan mengklik kanan dalam tab "Account History". Anda juga boleh melakukan laporan untuk tempoh yang diinginkan dengan memilih "Custom Period".

Laporan dagangan harian (Confirmations) dan laporan bulanan (Statements) dihantar ke alamat emel terdaftar anda.

Isi kandungan laporan asas:

  • Deposit / Withdrawal — hasil jumlah deposit dan pengeluaran dari akaun dalam tempoh laporan (sekiranya tiada deposit atau pengeluaran yang dilakukan, "Deposit / Withdrawal" akan menunjukkan bacaan 0).
  • Credit Facility — dana tersedia dalam akaun.
  • Closed Trade P/L — Jumlah keuntungan dan kerugian dari kedudukan yang ditutup dalam tempoh tertentu.
  • Floating P/L — keuntungan dan kerugian terapung dari semua dagangan terbuka dalam akaun pelanggan pada masa pengeluaran laporan.
  • Margin — jumlah dana yang diperlukan untuk memegang kedudukan terbuka pada masa pengeluaran laporan.
  • Balance — hasil jumlah kewangan dari transaksi dagangan dan bukan dagangan (deposit, pengeluaran) dalam akaun dagangan pada masa laporan dikeluarkan.
  • Equity — kadar ekuiti pada masa pengeluaran laporan (Balance + Credit + Floating profit - Floating loss).
  • Free Margin — dana dalam akaun yang boleh digunakan untuk membuka kedudukan baru pada masa pengeluaran laporan (Free Margin = Equity - Margin).

Disamping laporan dagangan asas, MetaTrader 4 juga menawarkan laporan yang lebih terperinci, yang mengandungi maklumat tambahan berkaitan akaun dagangan, membolehkan anda menganalisis prestasi perdagangan dengan lebih teliti.

Untuk mendapatkan laporan terperinci:

  • Dalam MetaTrader 4, pergi ke tab "Account History / Sejarah Akaun" dari menu terminal dibawah.
  • Klik kanan untuk membuka menu drop down.
  • Pilih "Save as Detailed Report / Simpan sebagai Laporan Terperinci".

Maklumat tambahan dalam laporan terperinci:

  • Gross Profit — jumlah keuntungan yang diterima dari kedudukan menguntungkan dalam tempoh laporan.
  • Gross Loss — jumlah kerugian yang diterima dari kedudukan merugikan dalam tempoh laporan.
  • Total Net Profit — selisih antara "Gross Profit" dan "Gross Loss".
  • Profit Factor — koefisien nisbah antara "Gross Profit" dan "Gross Loss".
  • Expected Payoff — jangkaan keuntungan dari nisbah antara jumlah keuntungan bersih dan bilangan dagangan.
  • Absolute Drawdown — drawdown dari baki awal akaun, menunjukkan pengurangan baki berdasarkan deposit permulaan.
  • Maximal Drawdown — jumlah drawdown paling besar dalam bentuk unit mata wang. Nilai boleh melebihi "Absolute Drawdown" dan boleh menunjukkan kerugian walaupun ketika dalam perdagangan yang menguntungkan.
  • Relative Drawdown — menunjukkan "Maksimum Drawdown" dalam bentuk peratusan berbanding deposit awal.
  • Total Trades — bilangan dagangan yang dilakukan dalam akaun dagangan.
  • Short Positions (Win%) — bilangan kedudukan short yang telah ditutup (peratusan menunjukkan bilangan kedudukan short menguntungkan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Long Positions (Win%) — bilangan kedudukan long yang telah ditutup (peratusan menunjukkan bilangan kedudukan long menguntungkan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Profit Trades (% of Total) — bilangan keseluruhan dagangan menguntungkan (peratusan menunjukkan bilangan dagangan menguntungkan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Loss Trades (% of Total) — bilangan keseluruhan dagangan merugikan (peratusan menunjukkan bilangan dagangan merugikan berbanding jumlah keseluruhan).
  • Largest Profit Trade — nilai keuntungan terbesar dari satu dagangan.
  • Largest Loss Trade — nilai kerugian terbesar dari satu dagangan.
  • Average Profit Trade — purata keuntungan dagangan.
  • Average Loss Trade — purata kerugian dagangan.
  • Maximum Consecutive Wins ($) — bilangan tertinggi dagangan menguntungkan berturut-turut, jumlah keuntungan yang diperolehi dipaparkan dalam kurungan.
  • Maximum Consecutive Losses ($) — bilangan tertinggi dagangan merugikan berturut-turut, jumlah kerugian yang diperolehi dipaparkan dalam kurungan.
  • Maximum Consecutive Profit (Count) — jumlah keuntungan tertinggi dari dagangan secara berturut-turut, bilangan dagangan dipaparkan dalam kurungan.
  • Maximal Consecutive Loss (Count) — jumlah kerugian tertinggi dari dagangan secara berturut-turut, bilangan dagangan dipaparkan dalam kurungan.
  • Average Consecutive Wins — purata dagangan menguntungkan berturut-turut.
  • Average Consecutive Losses — purata dagangan merugikan berturut-turut.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas