Bagaimanakah caranya untuk mengaktifkan penghantaran mesej dari MetaTrader ke emel?

Untuk membolehkan mesej dari terminal perdagangan dihantar ke emel, anda perlu mengubah tetapan dalam terminal perdagangan dan juga dalam emel.

  1. Dalam terminal perdagangan, pilih tab "Tools" — "Options" — "Email".

MetaTrader email settings

Untuk membolehkan perubahan dalam tetapan, tick pada "Enable" dan isikan ruangan berikut:

  • SMTP server — alamat server dan port SMTP yang digunakan. Server ini digunakan untuk penghantaran mesej. Penulisan harus dilakukan mengikut format [alamat emel server]:[nombor port]. Sebagai contoh, smtp.gmail.com:25, dimana smtp.gmail.com — alamat emel server, manakala 25 — nombor port.
  • SMTP login — maklumat log masuk ke server penyuratan. Pada kebiasaannya, ianya adalah alamat emel anda. Contoh: your_name@gmail.com
  • SMTP password — kata laluan untuk log masuk (kata laluan ke alamat emel).
  • From — alamat emel, dari mana mesej akan dihantar. Pada ruangan ini, anda harus mengisi nama dan alamat emel server penyuratan yang menyediakan protokol SMTP yang akan digunakan. Pada kebiasaannya, nama adalah bersepadanan dengan bahagian pertama alamat emel, tetapi boleh dibiarkan kosong. Contoh: your_name, your_name@gmail.com
  • To — alamat emel, kemana mesej akan dihantar. Bahagian "Your name" boleh dibiarkan kosong. Dalam kata lain, ruangan "To" boleh diisi dengan memasukkan sebarang alamat emel sedia ada. Contoh: any_name, your_name@gmail.com

Perhatian: hanya satu alamat boleh diisi dalam ruangan "From" dan "To". Kemasukan lebih dari satu alamat emel, tanpa mengambil kira sama ada dengan pemisah atau tanpa pemisah, tidak akan diambil kira.

Dengan mengklik butang "Test", emel percubaan akan dihantar ke alamat emel yang telah ditetapkan, untuk membolehkan anda menyemak fungsi tersebut. Sekiranya anda menerima emel tersebut dalam alamat emel yang dinyatakan, klik butang "OK" untuk mengesahkan tetapan. Sekiranya emel percubaan tidak diterima, sila semak semula tetapan, lancarkan semula terminal, dan mohon penghantaran emel percubaan sekali lagi.

2.  Emel. Anda perlu memberi kebenaran untuk menghubungkan emel anda dalam tetapan emel. Maklumat lanjut mengenai cara berbuat demikian boleh dibaca dalam FAQ emel yang anda gunakan.