Kami kini 19 tahun!

Saya kerap melihat notis kesilapan "Akaun tidak sah/Invalid account" dalam MetaTrader 4/ MetaTrader 5.

Berikut merupakan beberapa sebab:

  • Maklumat log masuk tidak betul.
    Log masuk ke MetaTrader hanya mengandungi nombor sahaja. Maklumat log masuk anda akan dihantar ke alamat emel terdaftar selepas pendaftaran.
  • Kata laluan yang dimasukkan tidak betul.
    Kata laluan MetaTrader seharusnya mengandungi sekurang-kurangnya 8 simbol dan terdiri dari nombor dan huruf kecil dan besar latin. Huruf kecil dan besar memainkan peranan. Untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan, hanya salin semula kata laluan yang telah dihantar ke emel selepas pendaftaran.
  • Server yang dipilih tidak betul.

    Sila pastikan bahawa anda memilih server yang bersepadanan dengan julat nombor akaun dagangan anda.
    Sekiranya anda memuat turun platform MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 dari laman web lain, server anda tidak akan dipaparkan dalam senarai. Dalam kes ini, anda perlu memuat turut versi terkini MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 dari laman web kami. Anda juga boleh memasukkan alamat IP server yang diperlukan secara manual.

    Dalam proses...
    Maklumat tidak dapat ditunjukkan.
  • Akaun telah tidak sah.
    Akaun live akan dipadam sekiranya ia tidak diaktifkan dalam tempoh 30 hari. Untuk mengaktifkan akaun live, anda perlu memasukkan deposit minimum untuk jenis akaun anda. Akaun demo MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 akan luput sekiranya log masuk ke platform tidak dilakukan selama 14 hari. Pembukaan dan penutupan kedudukan dengan mengakses server tidak diambil kira.

Perhatian:

Alpari berhak untuk mengaktifkan akaun dagangan pelanggan tanpa mengambil kira jumlah dana dalam akaun tersebut.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Kembali ke atas