JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Mengapakah ada bar/candle hilang dari dalam carta?

Pada kebiasaannya, perkara ini terjadi apabila hubungan internet anda terputus. Cuba kemas kini carta dengan mengklik kana pada carta dan memilih "Refresh / Muat semula". Maklumat yang hilang seharusnya akan dimuat turun semula.

Sekiranya bar yang hilang masih tidak dipaparkan dalam carta:

  • Pilih "Fail" dari bar menu dalam terminal dagangan.
  • Pilih "Open Data Folder / Buka Data Folder".
  • Masuk ke folder "History".
  • Cari folder dengan nama yang bersepadanan dengan server yang digunakan untuk akaun anda (akaun live standard.mt4 akan menggunakan salah satu nama berikut bergantung kepada nama server: "Alpari-Standard1", "Alpari-Standard2" atau "Alpari-Standard3").
  • Dalam folder tersebut, padamkan fail dengan nama alatan dalam mana terdapat bar yang hilang.

Dalam MetaTrader 5:

  • Pilih "Fail" dalam platform perdagangan.
  • Dari menu drop-down, pilih "Buka Data Folder".
  • Masuk ke folder "Bases".
  • Cari folder dengan nama yang bersepadanan dengan server yang digunakan untuk akaun anda.
  • Masuk ke folder "History".
  • Dalam folder tersebut, padamkan fail dengan nama alatan dalam mana terdapat bar yang hilang.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Platform dagangan:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas