JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu arah pergerakan harga aset?

Arah pergerakan harga aset asas yang dijangka oleh pelabur, sama ada menaik atau menurun.

Contoh 1: Produk bersentuh

Andaikan bahawa anda membeli produk berstruktur seperti berikut:

  • Jenis produk: bersentuh
  • Kadar pelindungan kapital: 95%
  • Tempoh kematangan: 60 hari
  • Aset asas: EURUSD
  • Sempadan harga: 1.3200
  • Pulangan: 132.6%
  • Jumlah pelaburan: 1,500 USD

2 senario yang mungkin berlaku dalam pelaburan anda:

  1. 1

    Senario positif:

    Harga EURUSD mencecah kadar sempadan pada 1.3200. Tidak kira sama ada harga masih menyentuh kadar tersebut atau menurun semula ketika kematangan produk, perkara yang penting adalah kadar tersebut telah dicecah.

    Anda menerima 132.6% tahunan dari pelaburan anda.

  2. 2

    Senario negatif:

    Selepas 60 hari. harga EURUSD masih belum mencecah kadar sempadan pada 1.3200.

    Anda menerima semula 95% dari pelaburan anda.

Contoh 2: Produk klasik

Andaikan bahawa anda membeli produk berstruktur seperti berikut:

  • Jenis produk: klasik
  • Kadar pelindungan kapital: 95%
  • Tempoh kematangan: 180 hari
  • Aset asas: emas spot (harga pembelian:1,600 USD)
  • Arah pergerakan harga: menaik
  • Jumlah pelaburan: 3,400 USD
  • Kadar penyertaan: 1.41

Dengan membeli produk ini, anda menjangkakan bahawa harga emas akan menaik dalam tempoh 180 hari berikutnya.

2 senario yang mungkin berlaku dalam pelaburan anda:

  1. 1

    Senario positif:

    Selepas 180 hari harga emas meningkat dari 1,600 USD per auns, kenaikan sebanyak 12.5%. Anda menerima kembali pelaburan asal, dengan tambahan 12.62% (95% + 12.5% × 1.41 = 112.62%), atau 3,829.08 USD. Jumlah hasil adalah sebanyak 25.59% tahunan.

  2. 2

    Senario negatif:

    Harga emas menurun selepas 180 hari. Anda menerima semula 95% dari pelaburan asal, sebanyak 3,230 USD.

Contoh 3: Produk terhad

Andaikan bahawa anda membeli produk berstruktur seperti berikut:

  • Jenis produk: terhad
  • Kadar pelindungan kapital: 100%
  • Tempoh kematangan: 90 hari
  • Aset asas: EURUSD (harga pembelian: 1.2277)
  • Arah pergerakan harga: menurun
  • Had harga aset asas: 1.1500
  • Kadar penyertaan: 1.05
  • Jumlah pelaburan: 3,850 USD

Anda memilih EURUSD sebagai aset asas. Harga ketika pembelian dilakukan adalah pada 1.2277. Anda menjangkakan bahawa harga akan menurun.

2 senario yang mungkin berlaku dalam pelaburan anda:

  1. 1

    Senario positif:

    Selepas 90 hari, harga EURUSD menurun ke 1.0500, melebihi kadar had pada 1.1500. Anda menerima 37.24% tahunan dari pelaburan anda. Walaupun sekiranya harga terus bergerak melebihi 1.0500, hasil pulangan anda akan tetap tidak berubah, kerana pulangan dari pelaburan produk berstruktur anda terhad pada 1.1500.

    Sekiranya harga EURUSD berakhir diantara 1.2277 dan 1.1500, hasil pulangan produk akan dikira berdasarkan kadar penyertaan sebanyak 1.05.

  2. 2

    Senario negatif:

    Harga EURUSD meningkat selepas 90 hari. Anda menerima semula 100% dari pelaburan anda, sebanyak 3,850 USD.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas