JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu titik pulang modal dan bagaimanakah cara mengiranya?

Titik pulang modal — harga aset asas apabila produk berstruktur mula menghasilkan keuntungan.

Untuk produk dengan kadar pelindungan kapital sebanyak 100%, titik pulang modal adalah harga semasa aset asas ketika pembelian. Dalam kata lain, anda mula mendapatkan keuntungan sejurus selepas pembelian sekiranya harga aset asas bergerak dalam arah yang diinginkan. Produk dengan kadar pelindungan kapital yang berlainan akan mempunyai titik pulang modal berbeza.

Titik pulang modal boleh dikira berdasarkan jarak harga aset asas (dalam peratusan) dari harga pembelian.

Pengiraan:

(100% - KPK + komisyen) / KP, dimana:

  • 100% — peratusan dari pelaburan asal
  • KPK — kadar pelindungan kapital
  • Komisyen — komisyen syarikat untuk penciptaan produk berstruktur
  • KP — kadar penyertaan

Contoh:

  • Aset asas — Apple
  • KP = 0.5
  • KPK = 100%
  • Komisyen = 2%
  • Harga aset asas = 110 USD

Pengiraan:

(100% - 100% + 2%) / 0.5 = 4%

Titik pulang modal = harga + hasil jumlah.

Titik pulang modal = 110 USD + 4% = 114 USD.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas