JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah perbezaan antara portfolio PAMM awam dan persendirian?

Apabila membuka portfolio PAMM, pelabur boleh memilih sama ada untuk menjadikan portfolio tersebut awam atau persendirian. Portfolio PAMM akan ditetapkan untuk awam sekiranya anda tidak memilih ketika membuka. Apabila portfolio telah dibuka, penukaran status portfolio tidak dibenarkan.

Portfolio PAMM awam akan dipaparkan dalam senarai penuh portfolio PAMM dalam laman web. Bebenang khusus dalam forum juga akan disediakan, dalam mana pengurus portfolio boleh berhubung dengan pelabur. Portfolio PAMM awam memerlukan pelanggan untuk mendaftar dalam forum. Portfolio jenis ini disarankan untuk mereka yang sentiasa aktif menarik minat pelabur.

Portfolio PAMM persendirian tidak dipaparkan dalam senarai portfolio dalam laman web dan tidak mempunyai sebarang bebenang khusus. Anda boleh mencuba perkhidmatan, menguji strategi, dan kemudian, memilih untuk bekerjasama dengan pelabur lain.

Walau bagaimanapun, penggunaan segala perkhidmatan dan fungsi dalam portfolio awam turut sama tersedia untuk pelaburan dalam portfolio persendirian.

Perhatian:

  • Apabila pengurus membuka portfolio awam pertama, mereka perlu memilih nama gelaran dalam forum, yang juga akan digunakan dalam myAlpari.
  • Apabila menerbitkan portfolio PAMM seterusnya, nama gelaran untuk portfolio pertama akan digunakan dalam forum setiap portfolio berikutnya.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas