JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara mengira pulangan portfolio PAMM sekiranya denominasi mata wang akaun dalam portfolio adalah berlainan?

Apabila denominasi mata wang akaun PAMM berbeza dari portfolio PAMM, pulangan dalam portfolio akan bergantung kepada hasil keuntungan dari akaun PAMM dan juga dari kadar pertukaran melibatkan mata wang tersebut.

Pengiraan pulangan untuk portfolio dalam USD dan akaun berdenominasi dalam EUR.

Pulangan dalam portfolio akan dikira berdasarkan perubahan ekuiti dalam USD.

Ekuiti portfolio = ekuiti akaun PAMM berdenominasi dolar + (ekuiti akaun PAMM dalam euro × kadar pertukaran EUR/USD).

Seperti yang dapat dilihat dari formula diatas, semakin kukuh euro, semakin besar pulangan dalam dolar. Sehubungan dengan itu, kadar pulangan dalam portfolio akan meningkat.

Sebaliknya, sekiranya nilai euro semakin lemah berbanding dolar, ekuiti portfolio berdenominasi dolar akan menurun.

Pertukaran mata wang akan diljalankan sekiranya akaun PAMM berdenominasi berbeza dari mata wang portfolio.

Pertukaran mata wang melibatkan komisyen yang diambil berikutan dari perbezaan spread (perbezaan antara kadar belian dan jualan mata wang tertentu).

Pengiraan pulangan untuk portfolio dengan pertukaran mata wang.

Kadar EUR/USD ketika portfolio dibuka: 1.1/1.2

Deposit portfolio: 1,000 USD

Akaun yang membentuk portfolio:

  • Akaun PAMM didenominasi dalam dolar berjumlah 500 USD
  • Akaun PAMM didenominasi dalam euro berjumlah 416.16 EUR, dibeli pada kadar 1 EUR = 1.2 USD

Untuk mengira pulangan portfolio, nilai euro harus ditukar ke dolar untuk mendapatkan angka dalam satu mata wang.

Kadar penjualan 1 EUR = 1.1 USD

Ekuiti portfolio PAMM = 500 USD + (416.16 EUR × 1.1 USD / EUR) = 957.77 USD

Seperti yang dapat dilihat dari contoh diatas, pelaburan dalam akaun berdenominasi berbeza dari portfolio bermakna sedikit kerugian dari pertukaran mata wang akan ditanggung.

Selain daripada perkara ini, pulangan portolio hanya bergantung kepada hasil akaun PAMM yang membentuk portfolio.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas