JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah fungsi rakan kongsi PAMM?

Rakan kongsi menarik pelabur ke akaun PAMM dan akan menerima sebahagian dari pampasan yang pelabur membayar kepada pengurus.

Untuk menjadi rakan kongsi, anda perlu berhubung dengan pengurus melalui pautan dalam forum, dan berbincang mengenai syarat, memberikan nombor myAlpari anda. Pengurus yang berminat akan mendaftar nombor myAlpari sebagai rakan kongsi, dan selepas itu pelanggan akan menerima pemberitahuan melalui emel. Bermula dari saat tersebut, rakan kongsi boleh mula menjalankan tanggungjawab yang diterima.

Rakan kongsi boleh mendaftar pelabur rujukan menerusi kaedah berikut:

  • Meletakkan pautan khas yang mengandungi nombor rakan kongsi PAMM dalam laman web peribadi atau sumber lain dalam internet. Sekiranya pelanggan mendaftar untuk akaun pelaburan melalui pautan anda, nombor rakan kongsi akan diisi secara automatik dalam ruangan yang disediakan, dan pelanggan akan dianggap sebagai rujukan anda.

Maklumat mengenai pelabur yang dirujuk oleh rakan kongsi tersimpan dalam fail cookie.

Tempoh sah cookie adalah selama 90 hari dari hari terakhir halaman akaun PAMM dilawat dari pautan rujukan. Sekiranya pelabur menerima pautan rujukan dari beberapa rakan kongsi, dan apabila pelabur membuka akaun pelaburan, rakan kongsi akan dipilih dari pautan rujukan terakhir yang digunakan oleh pelabur.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas